Takut kalah, pembangkang Johor tolak PRN sedia sokong UMNO

January 19, 2022 · Politik

Pembangkang Johor menolak Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan sebaliknya menawarkan ‘Komitmen Kestabilan’ bagi memastikan kerajaan negeri dapat memberi tumpuan terhadap kebajikan rakyat dan usaha memulihkan ekonomi.

Menurut kenyataan bersama parti Amanah, PKR, DAP dan Muda yang dikeluarkan, pelaksanaan PRN di negeri itu adalah satu tindakan yang tidak munasabah dan tidak mengutamakan kepentingan rakyat serta negeri, lapor Bernama.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang Johor yang juga Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abd Rahman.

Menurut kenyataan itu anggaran kos sebanyak RM150 juta yang diperlukan untuk membiayai PRN Johor merupakan satu pembaziran yang sangat besar daripada kerajaan.

“Blok pembangkang di negeri ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap kerajaan pimpinan Datuk Hasni Mohammad (Menteri Besar) meskipun dengan perbezaan majoriti hanya satu kerusi di Dewan Undangan Negeri.

“(Justeru), blok pembangkang telah bersepakat untuk bersama-sama menawarkan Komitmen Kestabilan,” menurut kenyataan bersama itu.

Semalam, Hasni dilaporkan sebagai berkata meskipun belum ada perbincangan mengenai mengadakan PRN Johor di peringkat UMNO Johor, pihaknya tidak pernah menolak keperluan untuk mengadakan PRN disebabkan faktor kestabilan kerajaan negeri yang kini mempunyai majoriti tipis.

Selepas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas Datuk Osman Sapian pada 21 Dis lepas, kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional kini mempunyai 28 kerusi manakala Pakatan Harapan 27 kerusi.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
20 jam lalu · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
21 jam lalu · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
21 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok