Takut dengan PN sampai sekat video TikTok, sindir Ahli Parlimen Sik

December 11, 2022 · Politik

Baharu sahaja beberapa minggu kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dibentuk tetapi mereka sudah takut dengan kebangkitan rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Ahli Parlimen (MP) Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman menyifatkan kerajaan campuran sekarang takut dengan kebebasan bersuara rakyat sehingga semua benda hendak disekat walhal mereka sebelum ini yang melaungkan hak asasi manusia tetapi kini takut pula dengan suara rakyat sehingga tidak boleh menerima kritikan.

“Malah kemenangan 74 kerusi Parlimen dalam ‘Gelombang PN Best’ ini menandakan suatu permulaan yang menggetarkan kerajaan PH dan BN sehingga terpaksa menyekat video pro PN dalam media sosial seperti TikTok dan akhirnya menjerumuskan kerajaan PH dan BN ini sebagai rejim yang cakap tidak serupa bikin.

“Ia juga tidak menjamin kebebasan media seperti yang dijanjikan bahkan bersifat ‘double standard’, apabila tiada tindakan sekatan dibuat bagi kenyataan provokatif penyokong PH dan BN di media sosial yang lain seperti Twitter,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, sebaik dibentuk barisan Kabinet kerajaan campuran PH-BN, langkah pertama diambil pentadbiran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dengan memanggil wakil TikTok dan meminta pengendali platform media sosial itu menurunkan kandungan yang didakwa kononnya berbentuk provokasi.

Susulan langkah itu, orang ramai mengadu banyak kandungan dalam TikTok yang pro kepada PN dibuang dan disekat hanya kerana menyokong parti yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Dalam pada itu, Ahmad Tarmizi juga membidas pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang susulan kenyataannya yang bimbang dengan kebangkitan ‘gelombang hijau’ semasa PRU-15 lalu akan menyebabkan negara akan menjadi negara Islam sepenuhnya.

Beliau berkata berkata kenyataan Kit Siang yang menyebut langkah-langkah perlu diambil bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya dalam dua kali lagi PRU pada 2032 iaitu 10 tahun dari sekarang adalah tuduhan berat berniat jahat, hasutan bagi membangkitkan isu perkauman berasaskan agama dan perlu disiasat pihak berkuasa.

Jelasnya, kenyataan itu menunjukkan Kit Siang seorang yang tidak memahami Perlembagaan Malaysia yang menggariskan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, malah menjadi agen penyuntik Islamophobia dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

“Jelas, tiada pembohongan seperti yang dicanangkan beliau tetapi ketelusan pemimpin berjiwa rakyat seperti Presiden Pas, Pengerusi Perikatan Nasional dan Menteri Besar Kedah menyebabkan rakyat terbuka bagi menerima dan akhirnya banyak kerusi UMNO dan Pakatan Harapan (PH) tumbang dengan majoriti yang sangat besar.

“PN enggan membentuk kerajaan perpaduan bukan kerana membantah cadangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) seperti yang difitnah oleh PH dan BN, sebaliknya enggan berkompromi dengan kluster mahkamah yang disifatkan seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023· Politik
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Lagi Politik terkini
Mampukah Zahid, pasukan baharu UMNO kikis imej perasuah, sakau?
16 minit lalu · Politik
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
2 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
10 jam lalu · Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
22 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok