Taklimat kursus berenang jadi tumpuan perjumpaan akar umbi UMNO hari ini

October 4, 2022 · Politik

Selain tumpuan kepada usaha untuk mendesak pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) disegerakan, fokus UMNO juga akan tertumpu kepada taklimat kursus berenang kepada jentera akar umbi yang bakal menghadiri perjumpaan raksasa hari ini.

Menyedari berkemungkinan jika PRU-15 diteruskan juga semasa musim tengkujuh, berkemungkinan bencana banjir juga bakal berlaku dan kemahiran berenang adalah sesuatu yang diperlukan oleh jentera parti untuk meredah kempen semasa banjir nanti.

Beberapa kursus dan cara berenang yang betul akan dilatih kepada jentera akar umbi bagi memastikan keselamatan mereka juga terjamin semasa sedang berkempen ketika musim banjir nanti.

Selain membincangkan bagaimana UMNO akan mempersiapkan jentera untuk berkempen nanti, sudah pastinya keselamatan jentera parti juga perlu dijaga kerana sekiranya sesuatu yang berlaku ia akan menjejaskan perjalanan kempen tersebut.

Peruntukan juga perlu disediakan bagi membeli kelengkapan kepada jentera parti seperti jaket keselamatan dan juga bot untuk berkempen semasa banjir nanti.

Difahamkan, perjumpaan dengan pemimpin akar umbi hari ini juga akan membincangkan peruntukan yang diperlukan untuk diagihkan bagi berkempen semasa PRU-1 nanti.

“Selain menjadi perjumpaan sebagai persediaan terakhir menghadapi PRU-15, perbincangan juga akan tertumpu kepada peruntukan yang diperlukan untuk ketua-ketua bahagian gunakan semasa berkempen nanti,” kata sumber parti yang tidak mendedahkan jumlah peruntukan kepada setiap ketua-ketua bahagian.

Bagaimanapun, sumber memberitahu berkemungkinan jurulatih pakar dan terlatih dalam kursus berenang akan dijemput bagi memberi taklimat kepada jentera kempen parti.

Sabtu lalu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam surat bertarikh 30 Sept berkata, majlis perjumpaan raksasa akar umbi UMNO akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, bermula 2 petang.

“Adalah dimaklumkan bahawa satu perjumpaan khas bersama presiden Umno dan perdana menteri akan diadakan pada 4 Okt (Selasa), bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, aras 2 WTC,” kata surat itu.

Ahmad selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lalu memaklumkan parti itu mencapai konsensus supaya pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan tahun ini.

Ahmad berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaras Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
1 jam lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok