Takkan orang Johor tak mahu anak Johor jadi PM? Soal Muhyiddin

November 16, 2022 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemimpin parti dalam komponen Perikatan Nasional telah memilih beliau sebagai calon Perdana Menteri (PM) Malaysia kesepuluh jika gabungan itu menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU015) pada Sabtu, 19 November ini.

Pada program Jelajah Perikatan Nasional ‘PN BEST’ melibatkan Parlimen Pasir Gudang, Johor Bahru dan Tebrau di Taman Sierra Perdana, Masai, malam tadi beliau bertanya kepada warga Johor sama ada mereka mahu anak jati Johor menjadi PM atau pun tidak.

“Pimpinan parti-parti komponen Perikatan Nasional telah memilih saya menjadi Perdana Menteri kesepuluh jika pilihan raya diadakan.

“Takkan orang Johor tak nak sokong saya jadi Perdana Menteri. Orang Johor bukan bodoh, Jika orang Johor menjadi Perdana Menteri maka akan dapat memberikan perhatian yang lebih sedikit kepada negeri Johor,” katanya disambut sorakan sokongan daripada lebih 1,000 yang hadir pada ceramah itu.

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata kerajaan negeri sendiri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) tidak mampu melakukan pembangunan tanpa dukungan dan sokongan daripada Kerajaan Pusat pimpinan Perikatan Nasional.

“Jadi… apa yang rakyat Johor tunggu lagi (sokong Perikatan Nasional supaya anak Johor jadi PM)… keluar beramai-ramai pada Sabtu ini untuk mengundi Perikatan Nasional… pastikan sehingga 95 peratus pengundi keluar membuang undi Sabtu ini.

“Insya-Allah Perikatan Nasional boleh membentuk Kerajaan Persekutuan yang Prihatin, Bersih dan Stabil dengan anak Johor menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Muhyiddin berkata maklumat yang diterimanya mengenai pengundian awal semalam (15 November) menunjukkan petanda baik apabila hampir 95 peratus pengundi keluar membuang undi.

Penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu juga berkata dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam politik negara beliau telah melihat satu gelombang kebangkitan yang besar di mana rakyat semakin memberi sokongan kepada Perikatan Nasional dalam PRU-15 ini.

“Dalam negara hari ini telah kita lihat satu gelombang besar kebangkitan orang Melayu untuk menentukan supaya negara ini tidak akan tersungkur, jatuh pada tangan-tangan orang-orang yang tak bertanggungjawab. Saya pernah jatuh dan bangun semula untuk menentang mereka (BN dan Pakatan Harapan),” katanya.

Oleh itu, katanya mahu melihat anak Johor menjadi Perdana Menteri, pengundi di negeri itu perlu memenangkan semua calon Perikatan Nasional.

Berita berkaitan
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Paras sungai di Johor dan Terengganu lepas tahap bahaya
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
23 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok