Takkan mesyuarat war room UMNO di New York, sindir Shahrir kepada rombongan PM

September 24, 2022 · Politik

Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad memberi sindiran pedas berhubung isu rombongan beberapa pemimpin UMNO yang mengikut rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke New York.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu memuat naik hantaran menyindir kepada rombongan yang bersama Ismail Sabri ke Amerika Syarikat, serta pada masa sama laporan sebuah portal Malaysiakini menamakan beberapa pemimpin utama UMNO yang bersama mengikuti rombongan tersebut.

“Takkan mesyuarat War Room UMNO Malaysia diadakan di New York sempena UNGA (Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-77).

“Tak betullah berita di medsos (media sosial) kononnya Naib Presiden kita, Datuk Seri Khaled Nordin dan SUA (Setiausaha Agung UMNO), Datuk Seri Ahmad Maslan, pergi ke New York.

“Tahniah kerana meletakkan kerja parti di atas syiok sendiri berada di New York,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Khaled dan Ahmad sebelum ini dikatakan mengikut Ismail Sabri ke Amerika Syarikat, bagaimanapun dalam hantaran dimuat naik Shahrir menunjukkan kedua-dua mereka menghadiri mesyuarat ‘war room’ di PWTC semalam.

Terdahulu, Malaysiakini menamakan lapan pemimpin UMNO yang mengikut Ismail Sabri, antaranya Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof; Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin; Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor dan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz.

Keberadaan para pemimpin Umno itu di bandar raya New York diketahui umum apabila mereka sendiri menguar-uarkannya melalui hantaran di media sosial. Antara pemimpin yang memuat naik gambar masing-masing di Facebook ialah Wan Rosdy, Ab Rauf, dan Jefridin.

Penyertaan pemimpin UMNO dalam rombongan Ismail Sabri itu mengundang spekulasi kerana ia berlaku ketika pemimpin utama parti berkenaan mendesak Ismail Sabri supaya segera mengadakan pilihan raya umum (PRU).

Ismail Sabri berada di New York bagi menyampaikan ucaptama di PBB yang berlangsung semalam.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok