Takkan ahli UMNO nak sokong parti liberal dan sekular, kata Tun Faisal

May 21, 2023 · Politik

Ahli UMNO tidak mudah dipujuk dan bodoh untuk menyokong parti dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, kata Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang dipecat parti itu berkata arahan dan gesaan supaya ahli-ahli UMNO menyokong calon parti PH termasuk DAP pada PRN nanti tidak wajib untuk dituruti kerana ia tidak selari dengan landas perjuangan parti yang kini diterajui kumpulan kluster mahkamah dan munafik.

“Sekarang ni tak ada UMNO dah, yang tinggal hanya UMDap.. tak wajib pun ikut arahan geng pengkhianat, kluster mahkamah dan kluster munafik dalam UMDap.

“Saja nak tanya, takkan ahli UMNO nak sokong golongan parti yang menjunjung Malaysian Malaysia, Deklarasi Setapak, agenda mensekularkan Perlembagaan Persekutuan, yang pemimpinnya sebut nak guna Melayu untuk screw Melayu, yang sokong pembebasan pengganas, yang mengidolakan Parti Komunis Malaya, yang di kalangan mereka ada gologan liberal, sekular, penyokong agenda murtad dan LGBT, yang mendesak penggunaan kalimah Allah untuk menggantikan Biblical God?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelasnya, ahli-ahli UMNO bukan penyokong kumpulan yang memiliki ideologi sekular dan boleh menilai baik dan buruk.

“Fikir-fikir sendirilah… setahu saya, orang UMNO bukan golongan sekular yang memisahkan tindakan keduniaan termasuk politik, daripada pertimbangan dunia akhirat, dosa pahala,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri AhmadMaslan berkata pengundi UMNO perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP.

Menjelaskan perkara itu, Mat Maslan berkata, ini kerana meskipun calon yang bertanding daripada DAP, namun ia mewakili gabungan kerajaan perpaduan dan harus diterima susulan perubahan politik ketika ini.

“Bila sudah berada dalam kerajaan perpaduan maka kita hendaklah ikut disiplin parti memastikan arahan parti dituruti. Memang undi rahsia, tetapi gesaan saya bukan atas nama DAP, tetapi atas nama kerajaan perpaduan, titah Yang di-Pertuan Agong, apabila negara tergantung, kita perlu akur dan setia pada titah sentimen-sentimen yang ada.

“Kita hendaklah tinggalkan sentimen peribadi kerana dinamik politik hebat, apa yang berlaku sudah berlaku, ia adalah kerana kestabilan,” katanya.

Berita berkaitan
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
3 jam lalu· Politik
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
3 jam lalu· Politik
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
4 jam lalu· Isu semasa
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
7 jam lalu· Politik
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
7 jam lalu · Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
7 jam lalu · Politik
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
10 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
11 jam lalu · Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok