Takbir, selawat penyokong PN di Tambun dibalas kata-kata kesat PH

November 5, 2022 · Politik

Pertandingan merebut kerusi Parlimen P063 Tambun, Perak, bermula dengan ‘panas’ pada hari penamaan calon hari ini (Sabtu, 5 November 2022), apabila pertembungan berlaku antara penyokong Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Perarakan diketuai calon masing-masing Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH), ‘panas’ apabila penyokong kedua-dua parti berhadapan dalam perjalanan menuju pusat penamaan calon (PPC) di Institut Latihan Perindustrian Ipoh, pagi ini.

Kedua-dua kumpulan penyokong bagaimanapun dipisahkan sekatan polis

Penyokong Perikatan Nasional yang terdiri daripada ahli Bersatu dan PAS, bergerak menuju PPC sambil melaungkan takbir, serta berselawat ke atas Rasulullah SAW. Hadir sama mengiringi Ahmad Faizal adalah anggota parti Gerakan.

Namun, penyokong PH yang melaungkan reformasi bertindak agresif melakukan provokasi terhadap Ahmad Faizal, tanpa menghormati selawat, sebaliknya mengeluarkan kata-kata kesat, tanpa ditegur oleh Anwar yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR.

Kerusi Parlimen Tambun yang menjadi antara kerusi panas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) turut ditandingi calon Barisan Nasional (BN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Ahmad Faizal yang mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU-14 lalu, berdepan tentangan sengit Anwar yang berpindah dari Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sementara itu, provokasi turut dilakukan penyokong PH dan BN terhadap calon dan penyokong Perikatan Nasional di kebanyakan kerusi Parlimen lain di seluruh negara.

Penyokong PH dan BN memang sejak dahulu lagi kerap bertindak agresif, termasuk melontarkan maki hamun terhadap lawan mereka, dalam setiap kali pilihan raya diadakan.

Sementara itu, pengumuman rasmi calon yang akan bertanding di 222 kerusi Parlimen dijangka dikeluarkan sebelum tengah hari ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
9 jam lalu· Rencana
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
9 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
2 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok