Tak serik, PKR tetap letak Anwar calon PM walaupun ditipu anak murid

July 15, 2022 · Politik

PKR mengesahkan pada pilihan raya umum akan datang (PRU-15), parti itu akan bertanding di semua 48 kerusi Parlimen dan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada PRU 2018 lepas.

Selain itu, PKR tidak berganjak dengan pendirian menamakan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) walaupun sebelum ini sudah gagal ekoran ditipu anak muridnya berhubung kononnya memperoleh majoriti cukup besar.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia adalah keputusan yang dicapai pimpinan parti ketika mengadakan permukiman di Subang Jaya baru-baru ni, lapor Bernama.

“Keputusan pimpinan (adalah), PKR akan masuk PRU-15 dengan matlamat untuk menang dan memerintah; dan jika rakyat beri mandat, calon Perdana Menteri adalah (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu berkata demikian ketika merasmikan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2021 dan 2022 yang bertemakan Bina Keyakinan Rakyat, di sini hari ini.

Katanya selain itu kepimpinan parti turut memutuskan untuk berunding dengan komponen parti Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bagi tambahan kerusi yang boleh ditandingi PKR.

“….dengan harapan (parti) muncul sebagai parti terbesar dan terkuat. Itu keputusannya… masuk bertanding dan menang, bertanding di semua kerusi yang kita menang, dan kita telah arah jentera pilihan raya membuat persiapan,” katanya pada kongres yang dihadiri 422 perwakilan dari seluruh negara itu.

Beliau berkata bagi meyakinkan rakyat, sesi pemukiman itu turut memberikan tiga teras tawaran parti, yang meliputi usaha untuk membanteras rasuah, membina semula ekonomi negara termasuk menamatkan kaedah monopoli harga beras, serta memberikan perlindungan sosial kepada rakyat seperti bantuan tunai selain menetapkan ‘universal basis income’ sebagai gantian kepada gaji minimum.

Saifuddin Nasution turut mengajak perwakilan untuk terus memberikan sokongan dan ketaatan kepada Anwar di dalam mengemudi PKR dan menolak andaian yang menyatakan Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai liabiliti kepada parti.

“Cerita yang merujuk Anwar sebagai liabiliti ini sejak 1999 lagi, bukan benda baharu… tetapi hakikatnya, Anwar yang kononnya dianggap liabiliti dan simbol kepada PKR telah menang lima kerusi Parlimen pada 1999 dan (kini) 48 kerusi Parlimen pada 2018 dan bentuk kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO Johor sedia tunggu berentap dengan Rafizi, kata Hasni
7 minit lalu· Politik
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022· Politik
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
August 7, 2022· Politik
Anwar bidas Hishammuddin jawab isu skandal kapal, kontraktor kutip komisen marah?
August 6, 2022· Politik
Popular
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022
PRU-15 November: Laporan
August 7, 2022
Lagi Politik terkini
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
15 jam lalu · Politik
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
16 jam lalu · Politik
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
19 jam lalu · Politik
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022 · Politik
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
August 7, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
24 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok