
Keratan kenyataan Asyraf Wajdi disiarkan lidah rasmi UMNO, pada 6 Julai 2021.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata kepimpinan Barisan Nasional (BN) masih menilai tawaran yang dibuat Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional untuk membentuk Kerajaan Pusat.
Bagaimanapun, beliau secara peribadi berkata BN boleh kekal sebagai pembangkang untuk tujuan semak dan imbang.
“Sedang bermesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional.
“Tak sangka pula BN yang disumpah seranah, dikecam, ditohmah dan difitnah dengan pelbagai label dan gelaran, namun akhirnya hari ini kepimpinan diminta pula menilai tawaran-tawaran yang ditawarkan oleh PH dan PN hanya untuk membolehkan kerajaan dibentuk.
“Pandangan saya secara peribadi, BN boleh kekal sebagai Pembangkang untuk semak dan imbang. Cuma persoalannya, apakah Kerajaan boleh dibentuk tanpa BN? Apakah BN wajar biarkan negara berada dalam keadaan parlimen tergantung (hung parliament)?
“Apa-apapun prinsip BN tetap satu apa jua tawaran sama ada daripada PH atau PN akan dinilai dan diperhalusi berpandukan kepada prinsip Asas iaitu jika membawa kebaikan dan manfaat kepada Kestabilan dan Kemakmuran untuk rakyat dan negara,” katanya.