Tak sampai separuh jalan pun agenda pembangkang, Najib dan Zahid patah

July 30, 2021 · Politik

Krisis politik Malaysia yang tidak sampai pun 12 jam – yang diharapkan oleh blok pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen (MP) UMNO akan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) – berakhir setelah penjelasan Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung isu ordinan darurat dan pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sekali gus menyaksikan politiking blok pembangkang yang mendapat sokongan kuat daripada MP UMNO terutama MP Pekan Najib Razak, dan MP Bagan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, tidak menjadi.

Sebaliknya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – yang tidak pernah tercalit dengan apa-apa tuduhan jenayah di mahkamah – hanya menunggu masa sesuai untuk menutup mulut MP Port Dickson Anwar Ibrahim dan sekutunya yang menjerit-jerit kegilaan di dalam Dewan Rakyat.

Laungan ‘derhaka’ yang istilahnya tidak ada pun dalam Perlembagaan Negara, dimainkan sehabis-habisnya tatkala isu darurat dan ordinan-ordinan di dalamnya dibangkitkan.

Rakyat yang menyaksikan siaran langsung perbahasan di Dewan Rakyat sudah melihat betapa rakusnya kumpulan pembangkang dan sekutu mereka daripada UMNO untuk mengambil alih pemerintahan, sedangkan persidangan itu bertujuan mencari jalan penyelesaian masalah penularan Covid-19 sekarang.

Semakin jelaslah kenapa pembangkang, serta Najib dan Zahid yang menjadi sekutu mereka beria-ia mendesak supaya Parlimen dibuka. Tujuan mereka untuk menjadi ‘binatang politik’ di dalam Dewan Rakyat tanpa mempedulikan nasib rakyat.

Semakin jelas juga sikap pemimpin DAP yang tidak menghormati Islam dan al-Quran, apa lagi pemimpin kerajaan sekarang ini, apabila menjerit-jerit ketika al-Fatihah dibacakan. Justeru, jangan diharap orang lain akan menghormati mereka jika mereka tidak menghormati orang lain.

Mereka – pemimpin DAP – turut menjerit-jerit ‘derhaka’ di dalam Dewan Rakyat, sedangkan jika hendak dihitung sudah berpuluh-puluh kali derhaka yang mereka lakukan terhadap Raja-Raja Melayu.

Namun, lewat petang semalam, agenda Anwar, Najib, Zahid, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng patah tidak sampai pun separuh jalan. Jeritan-jeritan dan kritikan tidak berfakta (sebagaimana fakta diberikan berkaitan 1MDB dan Yayasan Akal Budi) akhirnya memakan diri, apabila sudah terang siapa mereka sebenarnya – bukan pemimpin rakyat tapi mementingkan diri sendiri.

Hanya menggunakan media sosial dan media sekutu sahaja yang kelihatan seperti gegak-gempita dunia politik negara seketika, namun akhirnya menerusi kenyataan PMO, terungkap bahawa kerajaan PN melaksanakannya menurut aturan undang-undang dan Perlembagaan.

Cuba kita telusuri kenyataan ini yang menyatakan duduk perkara sebenar:

Berdasarkan titah pandangan ini, Kerajaan telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai 2021. Sebagai persediaan Mesyuarat Khas Parlimen ini, Jemaah Menteri pada 21 Julai 2021 telah mengadakan perbincangan yang teliti dan mengambil ketetapan-ketetapan seperti berikut:

Pertama, Mesyuarat Khas Parlimen diadakan setelah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;

Kedua, Jemaah Menteri tidak akan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membuat Proklamasi Darurat baharu setelah darurat sedia ada tamat pada 1 Ogos 2021; dan

Ketiga, oleh kerana darurat tidak akan disambung, Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk membatalkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa.

Susulan ketetapan-ketetapan ini, Pejabat Perdana Menteri pada 22 Julai 2021 telah menerima deraf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara. Ordinan ini memperuntukkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dibatalkan berkuatkuasa pada 21 Julai 2021.

Pada 23 Julai 2021, Perdana Menteri telah mengutuskan warkah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum nasihat Jemaah Menteri supaya ordinan-ordinan darurat berkenaan dibatalkan dan memohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku mengenainya.

Selanjutnya boleh dibaca di sini.

Adakah apa yang diperjelaskan Perdana Menteri menerusi kenyataan PMO itu suatu ‘penderhakaan’ atau tidak menurut aturan undang-undang dan Perlembagaan, sebagaimana yang dituduh oleh pembangkang, Anwar, Najib, Zahid dan sekutu mereka yang di dalam Dewan Rakyat atau pemimpin UMNO yang tidak ada kerusi Parlimen yang terlompat-lompat kegembiraan?

Cuma dalam pandangan pemerhati politk, apa yang berlaku ialah sedikit kesilapan ketika kenyataan awal dengan mengatakan ordinan-ordinan darurat itu TELAH dimansuhkan. Sedangkan sebenarnya ia AKAN dimansuhkan.

Tetapi TELAH dan AKAN itu tidak akan menutup apa yang berlaku di Parlimen semalam yang menunjukkan kerakusan Anwar dan penyokongnya untuk merampas Putrajaya, sementara Najib dan Zahid berharap dengan memberi sokongan kepadanya kes mahkamah mereka membabitkan puluhan juta wang akan ditarik balik.

Namun, percayalah. Walaupun penjelasan telah diberikan oleh PMO, ‘binatang-binatang politik’ ini akan terus menyondol mencari jalan untuk memburuk-burukkan kerajaan, bukannya membantu rakyat berdepan pandemik Covid-19 sekarang ini.

Dan, Anwar jika ghairah bercakap akan melakukan kesilapan. Ini sudah lama diketahui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tok Akhi
Pemerhati Politik Kampung

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023
Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang
August 22, 2021
Lagi Politik terkini
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok