Tak salah bincang dengan musuh isu jajaran baharu politik: Muhyiddin

June 11, 2022 · Politik

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak menjadi kesalahan kepada parti itu untuk berbincang dengan mana-mana parti lain demi kebaikan bersama, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Kalau kita cakap dengan musuh kita salah tak? Kalau musuh kita nak bercakap… mungkin kata, aku tak bersetuju. Tak apa lah…

“Jadi, keluar satu (parti)… tapi ini soal cara… ini soal strategi politik (yang) tidak boleh didedahkan sampai keadaan yang sesuai baharulah kita maklumkan,” katanya pada sidang media Majlis Jalinan Mesra PN Johor di Johor Bahru, hari ini (11 Jun 2022).

Semalam, PAS sekali lagi mengulangi pendirian tidak boleh bekerjasama dengan DAP, bagi menghadapi PRU-15 akan datang.

Mursyidul Amnya Datuk Hashim Jasin berkata PAS boleh menerima jajaran baharu politik yang diusahakan Bersatu, jika gabungan besar itu tidak melibatkan DAP.

Menurutnya PAS sentiasa terbuka menerima jajaran yang boleh menguntungkan Islam, namun jika sebaliknya, parti itu akan menentang sekeras-kerasnya.

Hashim percaya kepemimpinan PAS akan membuat keputusan sebaik-baiknya dalam soal jajaran baharu politik itu.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata Bersatu tidak mempunyai apa-apa agenda tersendiri mengenai jajaran baharu dengan parti lain menjelang PRU-15.

Beliau berkata agenda yang didakwa tersebut bukanlah hanya untuk menguntungkan Bersatu sehingga mengetepikan kepentingan parti komponen lain dalam PN.

Beliau bersetuju selagi mana-mana kerjasama yang dijalin selari dengan prinsip perjuangan PN dan menolak sekiranya ia bertentangan dengan dasar-dasar gabungan berkenaan.

“Malam ini ada mesyuarat pimpinan tertinggi PN pusat. Kita akan bincang… tiada agenda tersendiri, niat kita sebagai satu gabungan adalah ambil langkah serta usaha untuk capai kejayaan, tapi ia libat pelbagai cara, strategi dan pendekatan. Saya rasa tak salah, jangan kita awal-awal asingkan yang wangi sahaja.

“Kita tak tahu kadang-kadang kita hanya buruk sangka, ada cara-cara sebab tiada salah untuk meneroka, sama ada boleh dicapai atau tidak itu masih awal untuk dikatakan.

“Saya pun ada dengar macam itu. Adakah makna saya setuju? Ataupun saya tak setuju. Kalau dia selari dengan dasar perjuangan PN, saya setuju. Kalau dia bertentangan dengan dasar-dasar PN, saya tak setuju… itu prinsip utamalah tapi tak salah kan?,” katanya.

Berita berkaitan
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022· Isu semasa
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
June 30, 2022· Politik
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
June 29, 2022· Isu semasa
Popular
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
July 1, 2022
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
July 1, 2022
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
July 1, 2022
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
July 1, 2022
Lagi Politik terkini
Henti berbalah, UMNO perlu rapatkan barisan hadapi PRU-15: Hishammuddin
2 jam lalu · Politik
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
5 jam lalu · Politik
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
7 jam lalu · Politik
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
10 jam lalu · Politik
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
4 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok