Calon ‘katak berprinsip’ PKR, Idris tewas

Calon ‘katak berprinsip’ yang diletak PKR, Datuk Seri Idris Haron tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Daripada maklumat tidak rasmi, Idris memperoleh 1,484 undi ketinggalan berbanding calon Barisan Nasional (BN), 3,708 undi. 

Calon Perikatan Nasional, Dhanesh Basil mendapat 912 undi manakala dua calon Bebas, Mohd Khir Ayib dan Mohd Noor Salleh masing-masing mendapat 75 dan 29 undi. 

Terdahulu, Idris mengetuai kumpulan menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Idris sebelum ini mengetuai gerakan untuk menggulingkan kerajaan negeri bersama ADUN Pengkalan Batu (Bebas), Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Pantai Kundor (UMNO), Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Telok Mas (Bersatu), Datuk Noor Effandi Ahmad.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak mengumumkan Idris bertanding atas tiket PKR dalam PRN Melaka sehingga menimbulkan kecaman rakan separti dalam Pakatan Harapan (PH).

BERITA BERKAIT
POPULAR