Tak pulangkan kereta rasmi, polis sita kereta bekas exco Melaka

October 13, 2021 · Politik

Kereta rasmi jenis Camry yang digunakan bekas exco kerajaan Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee disita pihak polis di sebuah kondominium di Jalan Tun Perak, Melaka semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali mengesahkan tindakan tersebut diambil susulan laporan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 11 Oktober dan pihaknya membuat rampasan pada jam 1.20 pagi di tempat letak kereta kondominium itu.

Katanya, tindakan itu dibuat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu yang pada mulanya berjanji untuk memulangkan kenderaan tersebut gagal menunaikan janjinya.

“Siasatan awal mendapati satu surat arahan untuk memulangkan kenderaan tersebut dikeluarkan oleh ketua penolong setiausaha kanan kerajaan negeri pada 5 Oktober lalu dan diserahkan kepada pegwai khas Norhizam.

“Siasatan awal mendapati satu surat arahan untuk memulangkan kenderaan tersebut dikeluarkan oleh ketua penolong setiausaha kanan kerajaan negeri pada 5 Oktober lalu dan diserahkan kepada pegawai khas Norhizam.

“Ekoran laporan itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyalahgunakan harta secara tidak jujur,” katanya pada sidang media hari ini.

Seksyen 403 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara enam bulan sehingga lima tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Menurut Abdul Majid lagi, setakat ini seramai lima saksi yang terdiri daripada kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Pada 4 Oktober lalu, Norhizam antara empat ADUN yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Tiga yang lain adalah bekas Datuk Seri Idris Haron (ADUN Sungai Udang) dan Datuk Noor Azman Hassan(ADUN Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (ADUN Teluk Mas).

Semua Exco Melaka menggunakan kenderaan rasmi Toyota Camry.

Berita berkaitan
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
August 9, 2022· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
August 8, 2022· Isu semasa
Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak
August 4, 2022· Isu semasa
Dua anggota polis iring anak MP UMNO kena tindakan tatatertib
August 4, 2022· Isu semasa
Popular
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
August 9, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
6 jam lalu · Politik
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
16 jam lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022 · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022 · Politik
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok