Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO

September 26, 2022 · Politik

UMNO tidak pernah membincangkan cadangan untuk meletak Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri (PM).

Penafian kononnya Zahid akan diangkat sebagai calon PM itu dibuat seorang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan berkata setakat ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon utama PM bagi Barisan Nasional (BN) jika memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Tidak pernah bincang (Ahmad Zahid sebagai calon PM),” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Mahdzir ditanya berhubung khabar angin mengatakan Zahid akan menjadi calon PM bagi BN semasa sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan tiga tahunan kesatuan kakitangan jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Semenanjung Malaysia (Kesateria) di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Spekulasi sebelum ini mengatakan Zahid selepas dibebaskan daripada pertuduhan kes mahkamah bakal dicalon sebagai PM dan bukannya Ismail Sabri.

Tular juga dalam media sosial satu kenyataan palsu yang mendakwa Zahid akan diletak sebagai calon PM tetapi ia dinafikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad dalam kenyataan sebelum ini mendakwa kenyataan tular tersebut adalah palsu dan tidak benar UMNO akan mencalonkan Zahid sebagai calon PM.

Zahid sebelum ini dibebaskan daripada kes rasuah melibatkan isu Visa Luar Negara (VLN) di Mahkamah Tinggi Shah Alam tetapi bekas Menteri Dalam Negeri itu masih sedang berdepan puluhan pertuduhan kes mahkamah melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

 

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
9 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
19 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
20 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
11 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
13 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
14 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
15 jam lalu · Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
13 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok