Tak perlu TPM, kata Ismail Sabri

August 21, 2022 · Politik

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau tidak memerlukan sesiapa pun untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada masa ini.

Menurutnya beliau sudah mempunyai empat menteri kanan untuk membantunya dalam menjalankan tugas kerajaan dan oleh itu tidak terbeban dengan kekosongan jawatan TPM.

“Saya sudah ada empat menteri kanan yang membantu saya. Seolah-olah saya mempunyai empat timbalan perdana menteri. Mereka boleh dikatakan sama, tetapi berbeza.

“Pada ketika ini, tidak menyusahkan atau membebankan saya untuk tidak mempunyai timbalan kerana keempat-empat menteri kanan mewakili parti yang berada dalam kerajaan. Hanya PAS tidak diwakili.

“Tetapi mereka tidak membuat bising mengenainya. Jadi saya rasa itu bermakna semua orang menerima… ada sedikit kelebihan dan kekurangan,” katanya menurut MalayMail.

Empat menteri kanan yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Kanan Pertahanan – UMNO); Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa – Bersatu); Datuk Dr Radzi Jidin (Menteri Kanan Pendidikan – Bersatu); dan Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kanan Kerja Raya – GPS).

Beliau berkata demikian kepada media tempatan dalam temu bual baru-baru ini, bertemakan “Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia” di Seri Perdana, sempena setahun beliau menjadi PM hari ini (21 Ogos 2022).

Pada 28 Julai lalu, kepimpinan Perikatan Nasional (PN) mengeluarkan kenyataan yang memetik kekecewaan terhadap apa yang didakwa sebagai kurangnya keazaman dan komitmen Ismail Sabri untuk memenuhi apa yang telah dipersetujui.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya akan menghantar delegasi bertemu PM bagi membincangkan pelaksanaan terma perjanjian yang dimeterai antara kedua-duanya.

Pada 13 Ogos, agensi berita nasional Bernama melaporkan Ismail Sabri berkata beliau telah bertemu dengan PN pada 4 Ogos.

Beliau berkata mesyuarat yang berlangsung pada minggu terakhir sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen itu dihadiri Hamzah dan Bendahari PN Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ini berlaku selepas laporan bahawa pimpinan PN kecewa kerana pertemuan yang dijadualkan dengan PM dibatalkan secara tiba-tiba malam sebelumnya oleh Pejabat Perdana Menteri.

Sebelum ini, tiga nama daripada Bersatu telah digembar-gemburkan untuk jawatan TPM – Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri; Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali – dengan Hamzah dilihat sebagai calon ‘favourite’.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menambah bahawa pada masa ini tidak ada bentuk khianat dalam Kabinetnya dan semua menteri menjalankan tugas dan bekerjasama dengan baik, dengan tujuan melihat dan menyrlesaikan isu dihadapi rakyat.

“Kami semua sangat profesional. Kami membincangkan isu dan meluluskan penyelesaian bersama. Tidak ada niat jahat kerana kita tidak membincangkan politik kepartian, hanya isu rakyat, serta isu ekonomi dan negara.

“Ia juga tidak begitu sukar kerana ramai antara kami pernah bekerjasama sebelum ini. Beberapa menteri Bersatu pernah berada dalam Kabinet BN bersama saya sebelum ini,” katanya.

Beliau juga menyebut bahawa menteri-menterinya sepatutnya membuat penilaian semasa sesi Parlimen lalu, tetapi tidak berbuat demikian kerana keadaan Parlimen yang sibuk.

“Kami terpaksa menangguhkannya. Parlimen sibuk dengan perbahasan, pengundian dan sebagainya. Ia tidak sempurna. Ada yang beraksi dengan baik, ada juga yang kurang memberangsangkan, tetapi kita perlu melihat secara keseluruhannya,” katanya merujuk kepada prestasi menteri Kabinetnya.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
2 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
3 jam lalu· Politik
Perlu UMNO bekerjasama dengan parti lain nak menang PRU, kata Ku Li
22 jam lalu· Politik
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
40 minit lalu · Politik
Tak boleh hanya PAS dan UMNO sahaja tanpa Bersatu: Abdul Hadi
1 jam lalu · Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
3 jam lalu · Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
5 jam lalu · Politik
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
12 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok