‘Tak perlu merusuh seperti zaman Anwar mulakan reformasi dulu’

March 9, 2023 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya tidak akan ada huru-hara atau rusuhan disebabkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) terhadap PN sekarang ini.

“Kami adalah parti yang aman damai. Kami menyayangi negara ini.

“Kami tidak mahu mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim ketika memulakan hari-hari reformasinya.

“Ini kerana rakyat sekarang ini sedang menghadapi pelbagai masalah. Merusuh bukan sesuatu yang betul untuk dilakukan,” katanya kepada media selepas keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi (Khamis, 9 Mac 2023).

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat SPRM jam 11.15 pagi tadi bagi memberi keterangan kepada SPRM.

Kehadiran Muhyiddin bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, serta pemimpin kanan PN dan penyokong diiringi laungan ‘HIDUP RAKYAT’ sebagai slogan rakyat menentang kezaliman yang dilakukan kerajaan PH-BN.

Kerajaan PH-BN dianggotai PKR, DAP, AMANAH, UPKO, UMNO, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti kecil lain, termasuk Bebas.

SPRM kemudian mengumumkan Muhyiddin ditahan dan akan didakwa di mahkamah esok (Jumaat, 10 Mac 2023).

Mengulas lanjut mengenai kehadiran ratusan penyokong di Ibu Pejabat SPRM pagi tadi, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri dan Presiden Bersatu berkata penyokong PN malam ini mengadakan solat hajat.

“Saya rasa esok pun akan ada ramai penyokong yang akan datang ke mahkamah. Tetapi kehadiran mereka itu bukan kerana Muhyiddin, tetapi kerana Perikatan Nasional,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir memberi sokongan.

Mengenai soal siasat pegawai SPRM ke atas beliau sejak pagi tadi, Muhyiddin berkata ianya mengambil masa kerana cara SPRM menjalankan tugas adalah berhemah, tidak kasar dan saling menghormati.

“Kita ambil masa untuk melihat satu persatu (soalan dan jawapan)… lepas itu merek buat rekod… lepas itu disemak balik. Kemudian itu barulah kita bersetuju dan kita tandatangani. Jadi sebab itu dia ambil masa.

“Tapi saya rasa tidak tidak ada tekanan… dan saya amat menghargai kerjasama pihak pegawai SPRM yang telah soal siasat saya pada pagi tadi sampailah ke malam tadi,” katanya.

Pihak paling berkuasa negara arah SPRM dakwa saya di mahkamah: Muhyiddin

Berita berkaitan
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Skandal LCS, PMX kata siasatan tak cukup pula walaupun sudah ada laporan PAC
March 14, 2023· Isu semasa
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
14 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
17 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok