Tak perlu keluar KWSP jika kerajaan beri bantuan tunai: Asraf

September 26, 2021 · Politik

Orang ramai tidak perlu bergantung kepada pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sekiranya kerajaan menyediakan bantuan tunai secukupnya dalam Belanjawan 2022 nanti, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Pendirian tersebut menimbulkan persoalan sama ada Ketua Pemuda UMNO tersebut membuat pusingan-U kerana sebelum ini paling beria-ria mendesak supaya KWSP membenarkan pengeluaran menerusi i-Citra minima RM10,000 secara one-off kepada pencarumnya.

“Di samping itu juga, Pemuda UMNO turut mencadangkan kepada Kerajaan untuk berusaha mendatangkan solusi jangka sederhana dan panjang termasuk menyediakan bantuan tunai (cash transfer) yang secukupnya kepada rakyat dalam Bajet 2022 nanti, selain mencipta peluang-peluang pekerjaan baharu untuk anak-anak muda termasuk skim jaminan pekerjaan dan mengupayakan kembali projek-projek infrastrukur berskala besar yang punya kesan gandaan ekonomi (multiplier effect) bagi segera merangsang pertumbuhan dan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Jika ini berjaya, rakyat tidak perlu lagi bergantung kepada pengeluaran wang simpanan KWSP yang tentu sekali boleh menjejaskan masa depan mereka di kemudian hari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Asraf mengakui susulan keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP sebelum ini mengakibatkan kelompongan simpanan dikalangan pencarumnya, bagi menyelesaikan masalah itu beliau menggesa supaya majikan meningkatkan kadar caruman wajib pula.

“Dalam pertemuan tersebut juga, ada beberapa cadangan yang Pemuda UMNO turut kemukakan untuk tangani isu bagi menampung kembali kelompongan simpanan KWSP akibat pengeluaran musim kecemasan, antaranya meningkatkan kadar caruman wajib majikan untuk tempoh tertentu dan memperluaskan caruman ‘mandatory coverage’ termasuk kepada sektor informal seperti Gig ekonomi,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, perkiraan Asraf tersebut tidak mengambil kira terdapat pencarum yang sudah tidak ada majikan mereka apabila mungkin ramai yang kehilangan kerja dan menganggur ketika ini.

Mungkin Asraf boleh membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mencarum bagi pihak mereka memandangkan beliau seorang pejuang tegar yang mendesak supaya pengeluaran KWSP dibenarkan sebelum ini.

Menurut Asraf lagi, kebenaran pengeluaran KWSP yang diluluskan kerajaan semasa pandemik melanda negara hanya penyelesaian jangka pendek dan tiada jaminan ia mencukupi untuk menampung mereka pada hari tua kelak nanti.

“Pengeluaran dengan jumlah yang terhad daripada simpanan hari tua KWSP seperti i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra hanya untuk solusi jangka pendek bagi rakyat tidak terputus tunai di tangan dan melangsaikan komitmen yang tertunggak ketika pandemik ini.

“Tiada jaminan untuk kelangsungan hidup dan merasa simpanan mereka sehingga hari tua jika keadaan mendesak dan cemas hari inipun tidak dapat ditangani,” katanya lagi,

Bagaimanapun, Asraf mempertahankan langkah meluluskan pengeluaran KWSP tersebut berjaya memulihkan keadaan ekonomi rakyat dan negara.

“i-Sinar, i-Lestari hatta i-Citra mampu membantu negara melancarkan aliran tunai dalam ekonomi. Contohnya, waktu kerajaan benarkan pengeluaran i-Sinar RM10 ribu pada Januari dan Februari tahun ini, KDNK kita tiba-tiba melonjak kepada 6% pada bulan Mac. Sedangkan sebelum itu KDNK kita negatif.

“Sebab apa? Ini kerana apabila rakyat ada wang lebihan, maka perbelanjaan dan perniagaan akan naik.

“Pada Mac 2021, peningkatan wang benar (M1) direkodkan sebanyak +17.1% berbanding pada Disember 2020, M1 kita negatif 1%. (M1 adalah indikator duit sebenar / real money yang ada dalam poket rakyat.

“Duit yang ada dalam pasaran dan duit deposit dalam bank). Kalau ada peningkatan maknanya duit rakyat makin banyak. Kalau negatif, maknanya kita rakyat secara keseluruhan makin miskin,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
5 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
UMNO Perak PENGKHIANAT BANGSA MELAYU, sanggup duduk bawah DAP
November 21, 2022
MP Pendang diarah keluar dewan kerana cuba mencelah perbahasan Rafizi
March 8, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok