‘Tak perlu adakan undi keabsahan PM, habiskan penggal Parlimen’

August 10, 2021 · Politik

Ilmuan terkenal Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong mencadangkan undi percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat tidak perlu diadakan dalam keadaan pandemik dan baki tempoh Parlimen yang tinggal kira-kira dua tahun lagi.

Beliau berpendapat jika berlaku pun pertukaran di tengah-tengah usaha rancak kerajaan memerangi pandemik sekali gus memulihkan ekonomi negara, ia tidak akan sesekali membantu rakyat dalam tempoh Parlimen berbaki.

Pada masa sama beliau turut menggesa parti-parti Melayu bergabung kerana kestabilan politik etnik Melayu yang menjadi dominan di negara ini, akan memberi kebaikan kepada kaum lain.

“Dalam keadaan amat mendesak kini akibat pandemik Covid-19, langkah sangat mendesak juga perlu diambil. Dengan ini, tidak perlulah diadakan undi untuk memastikan keadaan majoriti ini. Ini kerana ia akan mengambil masa untuk pihak lain bertindak yang belum pun pasti berkesan.

“Oleh itu, rakyat bukan sahaja memohon, malah menuntut agar usaha oleh kerajaan kini diteruskan sehingga akhir penggal Parlimen sekarang untuk mengelak kesan daripada peribahasa, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah,” katanya hari ini.

Menurutnya gangguan politik oleh pembangkang bukan sahaja berjaya mengecil-ngecilkan usaha ikhlas kerajaan Perikatan Nasional (PN) membantu rakyat, malah pelbagai dakwaan mereka telah merosakkan citra negara pada pandangan komuniti antarabangsa.

Felow Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata dengan berbuat demikian pembangkang berasa puas hati sedangkan yang paling terkesan ialah negara tercinta yang dilihat telah gagal.

“Pembangkang berasa puas hati dengan bidasan mereka terhadap kerajaan… Ini ibarat menang sorak kampung tergadai, selain menconteng arang di muka sendiri yang patut diinsafi mereka,” katanya.

Kok Seong mengingatkan bahawa kepemimpinan parti politik Melayu adalah sama sahaja pada asasnya kerana berasal daripada sumber sama sebelum menjadi serpihan pertama dan selanjutnya.

“Oleh itu, pada banyak perkara, unsur warisannya atau asid deoksiribonukleik (DNA) mereka didapati serupa kerana memiliki benih sama.

“Antara paling nyata ialah kesemua parti politik Melayu bukan sahaja berjanji, malah bertekad sungguh-sungguh untuk melindungi etnisiti Melayu yang antaranya merangkumi raja serta agama Islam dan seumpamanya tanpa sebarang kompromi.

“Dengan ini, perjuangan asas semua parti politik Melayu didapati sama sahaja antara satu sama lain,” katanya menulis dalam Utusan hari ini.

Sehubungan itu katanya, tidak perlu ada persaingan yang tidak dapat dinafikan telah banyak memecah-belahkan etnik Melayu sendiri, sebaliknya semua harus bergabung sebagai satu entiti yang bukan sahaja baik untuk Melayu tetapi juga kaum lain.

Ini kerana, kata Kok Seong, kestabilan politik etnik Melayu sebagai kelompok majoriti dan dominan adalah tiang seri kepada kejayaan politik negara.

“Oleh itu, persaingan apatah permusuhan dan yang sengit pula antara parti politik Melayu yang wujud kini, baik secara luaran daripada pembangkang mahupun dalaman sesama gabungan sendiri hendaklah ditamatkan serta-merta.

“Ini amat penting agar ia tidak menimbulkan keadaan urus tadbir negara yang menjadi tidak berkesan akibat disakat-sakan sehingga wujud pula kegagalan politik,” katanya.

Berita berkaitan
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
Muhyiddin diperlukan untuk kekal terajui PN, kata PAS
August 3, 2022· Politik
Kos naik taraf, baik pulih bangunan Parlimen meningkat RM106.1 juta: Laporan Audit
August 3, 2022· Isu semasa
Lebih baik PM bubar Parlimen, tempoh penggal hampir tamat: MT UMNO
August 3, 2022· Politik
Popular
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022
Lagi Politik terkini
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
4 jam lalu · Politik
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
18 jam lalu · Politik
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
19 jam lalu · Politik
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
19 jam lalu · Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
2 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok