Tak pelik PM pakai baju mahal, Nazri bidas Fahmi ‘penyibuk’

June 26, 2022 · Politik

Susulan kritikan Fahmi Fadzil berhubung sebuah baju mahal dipakai Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seorang pemimpin veteran UMNO membidas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai “penyibuk”.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR itu seorang yang sibuk mengambil tahu tentang hal orang lain sehingga baju dipakai pun dijadikan modal untuk dipertikaikan.

“Apa masalah dia? Sebelum ini dia kritik saya hantar anak belajar di Paris, saya tidak guna duit dia, saya tidak guna duit kerajaan, saya guna duit saya sendiri.

“Kenapa dia sibuk sangat hal orang lain? Kenapa tidak masa yang digunakan untuk nilai baju orang lain itu digunakan untuk bersama membantu rakyat?” katanya dipetik laporan Awani.

Jelas Nazri lagi, ia bukan sesuatu yang pelik bagi seorang PM memakai pakaian mahal atau berjenama.

“Perdana Menteri pakai baju mahal atau berjenama ini bukan pelik kerana berdasarkan pengalaman saya semasa menjadi Menteri sebelum ini, ramai yang menghadiahkan Perdana Menteri pakaian dan barangan lain yang berjenama dan mahal.

“Fahmi boleh tanya bos dia, Anwar Ibrahim masa jadi Timbalan Perdana Menteri, itu baru Timbalan Perdana Menteri belum Perdana Menteri, ramai yang hadiahkan barangan mahal dan berjenama termasuk baju,” katanya lagi.

Terdahulu hari ini, Ismail Sabri dikesan memakai kemeja pendek berjenama Burberry bernilai RM6,900.

Bulan lalu, dia dikecam di media sosial kerana memakai baju berharga RM5,500, juga berjenama Burberry, semasa pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura di Tokyo, Jepun.

Untuk rekod, Datuk Seri Najib Razak semasa menjadi PM juga dikesan memakai banyak barangan mewah dan semasa rampasan berhubung siasatan oleh pihak berkuasa sebelum ini menyaksikan banyak barangan mewah yang bernilai ratusan ribu miliknya disita.

Najib juga kini sedang dalam permohonan di mahkamah menuntut semua barangan mewah miliknya yang disita pihak berkuasa.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar
June 16, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok