Tak nampak kerajaan cari jalan tangani kemerosotan ringgit dan pelaburan: Gerakan

May 24, 2023 · Politik

Kerajaan campuran dilihat tidak mencari jalan yang berkesan dan proaktif dalam mengatasi kejatuhan nilai ringgit serta situasi pelaburan Bursa Malaysia yang semakin melemah.

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata kecewa dengan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-UMNO sekarang yang dilihat tidak serius mencari jalan untuk mengelakkan negara berdepan kemelut kewangan, malah walaupun kerajaan dilihat stabil tetapi masih gagal melonjak kedudukan ekonomi negara.

Sebaliknya apa yang berlaku ketika ini, tambah beliau, nilai pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) terus jatuh, malah mencecah kerugian lima hari berturut-turut selain menyusut lebih satu peratus dalam beberapa hari sahaja.

Malah, beliau percaya kejatuhan ringgit yang berterusan akan melanda pembangunan ekonomi sekali gus menggesa kerajaan mengambil tindakan menyelamatkan ekonomi negara supaya rakyat tidak terus hidup dalam keadaan sukar.

“Kerajaan perlu segera memanggil pakar industri kewangan bagi meneroka strategi yang lebih berkesan dalam menyelamatkan ringgit dan pasaran saham Malaysia daripada terus jatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang turut menyelar pemimpin DAP yang disifatkan seolah-olah diam seribu bahasa berhubung situasi ekonomi negara yang buruk.

Jelas beliau, ketika menjadi pembangkang, DAP sentiasa mencari peluang mengkritik dasar ekonomi negara dan menjadikan Menteri Kewangan sebagai sasaran, namun tidak melakukan perkara sama ketika ini.

“Kita juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan supaya segera merangka strategi berkesan untuk menyelamatkan ringgit dan pasaran saham negara yang sedang merudum bagi memulihkan keyakinan rakyat dan pelabur,” katanya.

Berita berkaitan
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
7 jam lalu· Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
June 1, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
7 minit lalu · Politik
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
1 jam lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
5 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
5 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok