Tak nampak kelibat Anwar, Zahid, Najib depan Istana Negara

April 20, 2021 · Politik

Calon perdana menteri blok pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir bersama-sama dengan pemimpin parti lain untuk menyerahkan surat permohonan kali kedua bagi menghadap Yang Dipertuan Agong, hari ini.

Demikian juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang lantang mengkritik dan mendesak darurat dimansuhkan dan Parlimen dibuka, juga tidak menampakkan kelibat mereka.

Anwar dan Zahid sebelum ini terbabit dalam kontroversi melalui klip audio perbualan telefon yang dikatakan mirip suara mereka, sedang berbincang beberapa isu termasuk strategi politik ketika Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan lalu.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 95 tahun masih sanggup turun untuk memberi sokongan kepada penyerahan surat itu petang tadi.

Kenderaan yang membawa Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki Istana Negara petang tadi.

Dr Mahathir dilihat bersama Pengerusi Jawatankuasa Proklamasi Tamatkan Darurat Khalid Samad, dan Presiden Amanah Mohamad Sabu masuk ke istana pada jam 3.15 petang untuk menyerah surat memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memperkenankan penamatan darurat, dan keluar setengah jam kemudian.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya Dr Mahathir berkata, sudah ada tanda-tanda orang Melayu mulamarah kepada raja-raja susulan perisytiharan darurat sehingga Parlimen tidak dapat bersidang.

Katanya, kemarahan itu yang kebanyakannya diluahkan menerusi laman sosial dilakukan akibat penderitaan mereka kerana negara diletakkan bawah perintah darurat atas permintaan kerajaan untuk tujuan politik, dan bukan bagi memerangi Covid-19.

“Mungkin kerajaan tidak sampaikan maklumat cukup kepada Agong, kerana segalanya diletakkan di bahu Agong, apa juga tindakan (kerajaan) dikatakan atas arahan Agong, sebab itu rakyat sekarang tidak seperti biasa, mereka tidak senang dengan keadaan ini.

“Orang Melayu biasa tak derhaka kepada Raja. Tapi sekarang ….kita dapat ikuti (keluhan mereka) dalam media sosial. Adalah sesuatu yang tidak biasa untuk orang Melayu menentang Raja-Raja kami,” katanya.

Berita berkaitan
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
9 jam lalu· Politik
Fahmi bidas Asyraf tak sensitif kesusahan rakyat desak PRU awal
11 jam lalu· Politik
Annuar perjelas punca harga barang naik
July 1, 2022· Isu semasa
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
July 1, 2022· Politik
Popular
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
July 2, 2022
PM disekat daripada berucap pada Konvensyen BN Sabah esok?
July 1, 2022
Ismail Sabri tolak desakan tarik balik pelantikan Tajuddin sebagai duta
July 2, 2022
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
July 2, 2022
Lagi Politik terkini
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
8 jam lalu · Politik
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
9 jam lalu · Politik
BN perlu agresif dekati pengundi atas pagar, kata Mat Maslan
10 jam lalu · Politik
Ismail Sabri tolak desakan tarik balik pelantikan Tajuddin sebagai duta
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok