Tak lulus RUU Anti Lompat Parti, PH beri amaran batalkan MoU dengan kerajaan

February 14, 2022 · Politik

Jika Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti tidak diluluskan pada sesi parlimen Mac depan, Pakatan Harapan (PH) mahu menarik sokongan terhadap memorandum persefahaman (MoU) Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dengan kerajaan.

Amaran itu diberikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu RUU Anti Lompat Parti itu diluluskan dan dipersetujui dan hanya sedia meneruskan sokongan jika syarat tersebut dipatuhi.

“Untuk waktu ini, kita tidak boleh harapkan apa- apa selebihnya daripada kerajaan Persekutuan. Benar ada MoU, yang menetapkan beberapa peruntukan tambahan RM45 bilion untuk selesaikan masalah Covid-19, RM10 bilion masalah kemiskinan dan Undi18 yang ditetapkan.

“RUU Anti Lompat Parti mesti diluluskan sebelum akhir sesi Parlimen pada Mac, sekiranya tidak, maka MoU itu kita tolak.

Kalau setuju, rundingan boleh diteruskan, kalau tidak, terbatal secara sendirinya MoU itu,” katanya.

Anwar terdahulu melancarkan Jentera PH dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di Johor Bahru hari ini.

Turut menghadiri majlis itu, Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abd Rahman.

MoU Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani kerajaan dan PH pada 13 September 2021, antara lain bersetuju melakukan transformasi melibatkan pelan pemulihan COVID-19, pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu.

Sementara itu, Naib Presiden Majlis Presiden PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri akan ditarik jika RUU Anti Lompat Parti tidak dibawa dan diluluskan pada sesi parlimen pada Mac depan.

“Saya anggota Jawatankuasa Penyelaras MoU PH dan kerajaan.

“Memang itu ada perkara asas yang juga aspek terbesar dalam MoU dan sekiranya pada sesi Parlimen Mac ini, ia tidak dibawa dan diluluskan, PH akan tarik sokongan kepada Perdana Menteri,” katanya.

Mengenai kemungkinan kerajaan Persekutuan tumbang disebabkan PH menarik sokongan terhadap MoU itu, beliau yang juga Timbalan Presiden Amanah dan Ahli Parlimen Pulai, membayangkan kemungkinan itu akan berlaku jika kerajaan tidak membawa RUU Anti Lompat Parti pada sesi Parlimen bulan depan.

Berita berkaitan
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
4 minit lalu· Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
18 jam lalu· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Kenapa ramai sangat ikut PM ke New York dan berapa kosnya? soal Salahuddin
September 25, 2022· Politik
Popular
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen
September 25, 2022
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
5 jam lalu · Politik
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
9 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
21 jam lalu · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
23 jam lalu · Politik
Kos meningkat jika tarikh PRU, PRN berasingan: Mustapa
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok