Tak lanjut MoU bertentangan kepentingan rakyat, kata Nazri

July 15, 2022 · Politik

Orang kuat UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata langkah tidak menyambung memorandum persefahaman (MoU) antara pentadbiran kerajaan semasa dan Pakatan Harapan (PH) bertentangan dengan kepentingan rakyat.

Merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan, yang berkata parti itu tidak boleh teragak-agak untuk menamatkan MoU dengan PH pada 31 Julai, Nazri menjelaskan minat dan kebanggaan rakyat mesti diutamakan, sambil menambah Parlimen juga masih mempunyai satu tahun lagi sebelum penggal berakhir.

Menjelaskan lebih lanjut mengapa MoU dengan PH tidak wajar dihentikan, bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu berkata ancaman daripada dalam gabungan itu berterusan, dan memastikan kerajaan mempunyai sokongan utama.

“Adalah penting bagi kita untuk memberi jaminan bahawa jika mana-mana ahli gabungan berundur, maka kerajaan akan tetap berada di sana untuk terus disokong majoriti ahli Parlimen.

“Sebab itu kita tidak boleh menamatkan MoU begitu sahaja, kerana kita masih ada satu tahun lagi dan kepentingan rakyat, kebanggaan rakyat perlu diutamakan.

“Mereka adalah yang paling penting kepada kita, daripada memikirkan Perdana Menteri (PM) kini bebas untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa… dan ini adalah kenyataan tidak bertanggungjawab di pihak ketua penerangan untuk bercakap sedemikian,” katanya menurut MalayMail.

Semalam, Shahril membidas pengkritik dalam parti yang mengatakan UMNO dipengaruhi oleh musuh dalaman untuk tidak meneruskan perjanjian itu.

Menurut Shahril keputusan tidak menyambung MoU sudah dibuat oleh MT dan ia akan menguntungkan parti kerana Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan bebas menentukan tarikh pilihan raya umum (PRU).

Beliau juga menyelar Nazri, yang melabel UMNO sebagai “musuh terbesarnya sendiri” pada forum di Institut Yusof Ishak Singapura baru-baru ini.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata terdapat bantahan terhadap pelanjutan MoU itu, bukan berpunca daripada pembangkang tetapi dari dalam UMNO sendiri.

Shahril bertanya kepada Nazri siapa yang dimaksudkan “kita”, sambil meminta beliau menunjukkan kononnya ahli UMNO yang dilihat sebagai “musuh”.

Untuk ini, Nazri berkata ia hanyalah kiasan, dan untuk Shahril bertanya kepadanya siapa “musuh” ini tidak masuk akal.

“Bila saya kata UMNO musuh terbesarnya sendiri, itu satu kiasan. Kadang-kadang kita kata kita musuh paling teruk. Jadi untuk ketua penerangan tanya saya siapa, tak masuk akal untuk saya sebut lelaki ini atau lelaki itu.

“Ia adalah satu kiasan. Saya rasa agak cetek pemikirannya untuk meminta saya menentukan siapa yang saya maksudkan,” katanya.

Nazri juga mengecam kenyataan bercanggah Shahril, di mana beliau menegaskan bahawa walaupun UMNO boleh meneruskan beberapa bahagian perjanjian seperti komitmennya untuk mereformasi Parlimen dan membentangkan rang undang-undang (RUU) antilompat parti, tidak perlu teragak-agak untuk menamatkan MoU pada 31 Julai.

Menurut Nazri, dalam pemahamannya bahawa sekiranya MoU itu dihentikan, segala butiran yang terkandung bersamanya juga harus dihentikan.

Beliau berkata jika Shahril menyokong RUU antilompat parti, itu bermakna ia memerlukan kerjasama daripada pembangkang, yang merupakan sebahagian daripada substantif MoU itu.

“Bagi saya, saya rasa mereka akan meneruskan MoU itu kerana kita di sini menyokong undang-undang antilompat, yang pembangkang sokong, jadi persefahaman mesti diteruskan.

“Jadi yang mana satu? Untuk memberhentikan atau meneruskan? Saya tidak tahu kerana undang-undang antilompat adalah kandungan substantif MoU itu.

“Saya rasa ketua penerangan harus yakin bahawa apabila dia bercakap, dia menghantar mesej yang jelas, bukan sesuatu yang selepas membaca, anda keliru,” katanya.

Berita berkaitan
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
6 jam lalu· Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
7 jam lalu· Politik
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
8 jam lalu· Isu semasa
Pertemuan dengan RoS, Mat Maslan kata UMNO pertahan usul tiada pertandingan
January 31, 2023· Politik
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
February 1, 2023
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
5 jam lalu · Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
8 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
8 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
9 jam lalu · Politik
MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
4 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok