Tak kisah UMNO kalah, kita bincang dengan pihak lain: GPS

October 23, 2022 · Politik

Jika UMNO kalah ia bukan menjadi masalah bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana mereka boleh memilih untuk mencari kerjasama dengan pihak lain.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata GPS mempunyai pilihan lain dan terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kali ini, kita (GPS) akan bergerak sendiri untuk pilihan raya. Umno menang, barulah kita bincang. UMNO tidak menang, maka kita akan berbincang dengan pihak lain. Itu sahaja.

“Ingatlah bahawa, GPS bergerak solo dan tidak sama dengan UMNO,” katanya yang juga Timbalan Premier Sarawak dipetik laporan Utusan Borneo.

Untuk rekod, parti-parti bertanding di Sarawak tidak bertanding dibawah panji Barisan Nasional (BN) pada PRU-15 kali ini, sebaliknya bertanding dibawah bendera GPS.

Terdahulu, Premier Sarawak yang juga pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Openg, berkata GPS akan bertanding pada pilihan raya Parlimen akan datang buat pertama kali dalam sejarah bukan di bawah panji BN.

Tujuh kawasan Parlimen yang ditandingi secara tradisi SUPP membabitkan Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri.

Selain SUPP, GPS turut dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Pada 18 Okt, Abang Johari mengibaratkan GPS seperti “gadis cantik” sehingga ramai yang berusaha ‘menguratnya’.

Katanya, ketika ini GPS dengan pakatan parti politik di Semenanjung masih dalam ‘fasa bercinta’ (berbaik-baik) dan sedang merancang untuk ‘bertunang’ (mengikat perjanjian).

“Dah nama orang kacak, semua orang ngagak (jumpa), tapi kinek tuk masih bergerek, belum bertunang lagi. (Dah namanya orang cantik, semua orang cuba mendekati, tetapi sekarang masih bercinta lagi, belum bertunang),” katanya dipetik Berita Harian.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok