‘Tak kisah dituduh pengkhianat, janji saya tak khianati agama, bangsa dan negara’

October 23, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak kisah dituduh pengkhianat apabila bertindak membawa Bersatu keluar daripada Perikatan Nasional (PN) dan beliau sendiri juga keluar daripada UMNO.

Presiden Bersatu yang juga bekas Perdana Menteri kelapan itu sebaliknya berkata beliau bertindak demikian kerana tidak sanggup untuk mengkhianati agama, bangsa dan negara.

“Saya juga keluar dari Pakatan Harapan sebab tak tahan dengan tuntutan DAP dan PKR yang tidak begitu sesuai dan bercanggah dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.

“Saya tidak kisah dituduh pengkhianat kerana saya tidak boleh mengkhianati bangsa, agama dan negara.

“Saya tahu masih ramai lagi yang susah akibat pandemik Covid-19. Insya-Allah, jika kita dapat membentuk kerajaan maka kita akan melakukan yang terbaik untuk kemaslahatan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini (23 Oktober 2022).

Muhyiddin menegaskan peri pentingnya apabila seseorang pemimpin diamanahkan dengan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin, jangan sesekali pecah amanah kerana ia berdosa besar.

Menurutnya, amanah dan tanggungjawab itu mesti disempurnakan agar dapat mengangkat bangsa dan negara ke satu harakah yang tinggi, lebih maju dan berjaya.

“Ini bermakna apabila diberi tugas dan tanggungjawab, maka mestilah dilakukan sebaik mungkin.

“Dulu Malaysia dikenali sebagai Harimau Asia kerana kejayaan yang hebat dan kita bangga mengaku sebagai warganegara tetapi mutakhir ini ramai yang malu dengan kebobrokan yang berlaku gara-gara rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin negara.

“Saya ‘ditendang keluar’ dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan parti UMNO hanya kerana membuat teguran mengenai skandal 1MDB, yang merupakan ‘rompakan’ terbesar dalam sejarah negara, sehingga mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia,” katanya.

“Tak apalah. Mungkin Allah tidak mahu saya bersama-sama orang yang mungkar,” katanya mengimbas kembali tatkala Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak, memecatnya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berharap pengundi membuat pertimbangan yang bijaksana dan tepat untuk memilih PN supaya sebuah kerajaan berintegriti, amanah dan prihatin dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, pada 19 November depan.

Terdahulu, malam tadi, beliau melancarkan jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) negeri Melaka, di Parlimen Masjid Tanah.

Walaupun hujan lebat dan program berlangsung agak lewat malam namun ramai yang tetap hadir untuk memberi sokongan terhadap program yang penting ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
8 jam lalu· Rencana
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
8 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
39 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok