Tak guna jadi TPM kalau tiada kuasa lulus projek

October 25, 2022 · Politik

Jawatan timbalan perdana menteri (TPM) untuk Sabah dan Sarawak yang dicadangkan itu perlu mempunyai kuasa untuk meluluskan projek pembangunan atau peruntukan tertentu.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kuasa lebih signifikan berbanding jawatan semata-mata.

“Sekiranya ada jawatan itu (TPM) nanti, ia mesti ada portfolio tertentu yang boleh beri keberkesanan pada jawatan itu untuk kebaikan Sabah dan Sarawak,” katanya selepas menghadiri majlis angkat sumpah setiausaha politik kepada Premier Sarawak di Kuching, lapor FMT.

Baru-baru ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung jika gabungan itu menang dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Cadangan itu menerima reaksi yang pelbagai daripada lawan politiknya namun disokong orang kuatnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu menyifatkan tawaran tiga jawatan itu tidak membazir seperti didakwa banyak pihak, malah lebih menjimatkan walaupun diramalkan tahun depan negara bakal berdepan krisis ekonomi yang semakin perlahan.

Selain Zahid, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membuat tawaran sama seperti anak muridnya kepada parti dari Borneo itu, tetapi menawarkan dua jawatan TPM sahaja bagi mewakili Sabah dan Sarawak jika menang PRU-15 nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 November ini, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.

Berita berkaitan
Sebelum jadi PM semua nak reform, bila dah jadi PM lagi teruk: Dr Mahathir
November 13, 2023· Politik
Zahid dakwa ramai lagi MP PN akan sokong Anwar selepas ini
November 9, 2023· Politik
Bicara saman fitnah Dr Mahathir terhadap Zahid bermula 13 Februari 2024
November 4, 2023· Politik
Isu peruntukan kepada pembangkang, Anwar bertegas kena berunding terlebih dahulu
November 2, 2023· Politik
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok