Tak dicalon, Shahidan tutup semua bilik gerakan pilihan raya BN Arau

October 31, 2022 · Politik

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim yang sebelum ini dilapor digugurkan daripada mempertahankan kerusinya di Parlimen Arau, menutup semua bilik gerakan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu, malam ini (31 Oktober 2022).

Perkara itu dimaklumkannya dalam satu kiriman di Facebook miliknya malam ini, menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 5 November ini.

“Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat.

“Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan.

“Kali pertama dalam sejarah,” tulis Shahidan.

Sebelum ini, Shahidan memberitahu bahawa UMNO Bahagian Arau hanya menghantar satu nama sahaja sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen itu.

Keputusan meletak satu sahaja nama tersebut diputuskan Jawatankuasa UMNO Bahagian Arau dan bukan ditentukan oleh dirinya, katanya.

Sejak 10 Oktober lalu, selepas Parlimen ke-14 dibubarkan, Shahidan menjalankan beberapa gerak kerja di UMNO Bahagian Arau yang diketuainya sejak beberapa tahun lalu.

Tiga hari lalu beliau juga melancarkan jentera gerak kerja BN Parlimen Arau bagi menghadapi PRU-15.

Sejak kebelakangan ini juga, Shahidan yang bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan tidak akan dicalonkan bagi mempertahankan kerusinya.

Agenda Daily sedang menghubungi Shahidan bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut.

Sementara itu, status Datuk Zahidi Zainul Abidin masih belum terjawab sama ada bakal digugurkan atau dikekalkan bagi mewakili BN mempertahankan kerusi Parlimen Padang Besar yang dimenanginya pada PRU-14 lalu.

Sumber dalaman UMNO sebelum ini mengatakan nama Zahidi juga tiada dalam senarai untuk menjadi calon BN.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
5 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
18 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
19 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
4 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
12 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
13 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok