Tak dapat bayang Najib masuk penjara ketika Muhyiddin masih PM, kata PAS

August 24, 2022 · Politik

Mungkin UMNO akan lebih marah sekiranya Datuk Seri Najib Razak dimasukkan penjara jika ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menjadi Perdana Menteri (PM), kata PAS.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ada hikmah disebalik pengunduran Muhyiddin sebelum ini dan digantikan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, namun tidak dapat dibayangkan bagaimana UMNO akan bertindak balas jika Najib masuk penjara ketika itu.

“Saya nak bayangkan walaupun ramai setuju atau tidak puas hati, itu biasalah setiap keputusan mahkamah, tetapi bayangkan kalau sekiranya yang jadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekarang.

“Baru saya nampak hikmah kenapa berlaku peralihan kuasa itu. Saya fikir kalau Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri masa waktu ini kita boleh bayangkan bagaimana rasa tak puas hati UMNO pada Perdana Menteri.

“Bila Ismail Sabri jadi Perdana Menteri walaupun daripada UMNO, kerajaan tak campur tangan dalam urusan mahkamah. Jelas bahawa kerajaan tak campur tangan macam kes LCS (kapal tempur pesisir) pun kerajaan serahkan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Tuan Ibrahim ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pembinaan Maahad Tahfiz di Pasir Tumbuh, Kota Bharu hari ini.

Semalam Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib selepas didapati bersalah kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Tuan Ibrahim berkata, keputusan itu juga memberi keyakinan kepada rakyat dan juga dunia bahawa institusi mahkamah di Malaysia adalah bebas dan positif.

Katanya lagi keputusan itu juga dapat memberikan peringatan kepada yang lain supaya semua pihak dapat membina sebuah negara yang bebas rasuah dan sudah cukup Malaysia dicemuh oleh pihak luar kerana mengamalkan rasuah.

Dalam perkembangan lain, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi awal hari ini mengumumkan satu jemputan kepada akar umbi seluruh negara untuk menghadiri taklimat khas pada Sabtu ini.

Malam ini juga dijangka Zahid akan mempengerusikan satu mesyuarat Biro Politik UMNO di ibu pejabat.

Berita berkaitan
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
9 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
9 jam lalu· Dunia
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
10 jam lalu· Isu semasa
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
11 jam lalu· Politik
Popular
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
September 29, 2022
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
12 jam lalu · Politik
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
12 jam lalu · Politik
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
16 jam lalu · Politik
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
16 jam lalu · Politik
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
5 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok