Tak boleh sekat jika ada pemimpin UMNO, PAS berbincang: Ismail Sabri

September 8, 2022 · Politik

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebarang rundingan atau perbincangan antara pemimpin UMNO dan PAS tidak boleh disekat.

Menurutnya sesiapa sahaja boleh berjumpa dengan rakan daripada PAS atau parti lain, namun sebarang rundingan hanya boleh diputuskan dan disahkan oleh UMNO.

“Setiap rundingan dan pertemuan sulit dalam UMNO dan PAS hanya boleh disahkan jika ia diputuskan oleh parti.

“Jika ada rundingan atau perbincangan, kita tidak boleh sekat. Sesiapa saja boleh berjumpa dengan rakan daripada PAS atau parti lain.

“Namun, rundingan hanya boleh jadi sah dan menjadi dasar parti jika ia diputuskan oleh parti, yang mana UMNO putuskan siapa wakil sah untuk berunding dan sebagainya.

“Jika sendiri-sendiri, ia tidak dianggap mewakili parti,” katanya menurut laporan BH hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2022 (MIHAS 2022), di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini beberapa pemimpin PAS, termasuk Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am Datuk Hashim Jasin, dan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mengesahkan parti itu sedang berbincang secara ‘diam-diam’ dengan pemimpin UMNO berjawatan bagi mewujudkan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketiga-tiga mereka berkata demikian susulan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan bahawa parti itu akan bergerak solo dan enggan bekerjasama dengan PAS, sambil menyifatkan parti Islam itu bermain banyak kolam.

Hashim juga mendedahkan bahawa ‘rundingan diam-diam’ antara PAS dan pemimpin tertentu yang berjawatan dan berpengaruh di dalam UMNO untuk menyedarkan parti Melayu itu siapa musuh sebenar pada PRU-15 akan datang.

“PAS mahu menyedarkan UMNO bahawa musuh sebenar yang perlu dilihat pada PRU-15 adalah PH dan bukannya Bersatu.

“Nak bagi UMNO sedar siapa kita nak lawan. Dia bukan UMNO lawan PAS, lawan Bersatu, bukan begitu. Kalau boleh berpakat, kita berpakat,” katanya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu dalam ucapannya Perdana Menteri berkata Malaysia mengekalkan kedudukan teratas dalam Indeks Ekonomi Islam Global selama sembilan tahun berturut-turut, mengatasi 81 negara lain.

Beliau berkata penilaian itu berdasarkan laporan Keadaan Ekonomi Islam Global 2022.

“Penilaian dibuat berdasarkan inisiatif pendigitalan ekonomi, pembangunan infrastruktur halal dan peningkatan tumpuan kerajaan terhadap keselamatan makanan dan penjagaan kesihatan.

“Penunjuk Ekonomi Islam Global ini meramalkan bahawa industri halal akan berkembang daripada RM8.8 trilion (AS$2.09 trilion) tahun lepas kepada hampir RM14 trilion (AS$3.27 trilion) menjelang 2028,” katanya.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
19 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
19 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
19 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
22 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah
October 1, 2022
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
‘Top 5’ UMNO kumpulan oligarki, kata Ahli Parlimen pembangkang
7 jam lalu · Politik
Warisan mula serang DAP, PKR: Shafie dakwa janji PH tak ditepati
8 jam lalu · Politik
Santhara, Xavier sertai PBM
10 jam lalu · Politik
Rakyat digesa mohon Agong tidak perkenan bubar Parlimen tahun ini
10 jam lalu · Politik
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok