Tak boleh PRU tahun ini, ambil pengajaran di Sabah, kata Tun M

May 5, 2021 · Politik

Pilihan raya umum (PRU) tidak boleh diadakan tahun ini susulan penularan Covid-19 yang dilihat masih belum reda malah situasi sekarang juga bertambah buruk, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan langkah untuk mengadakan PRU tidak kena pada masa, malahan sekiranya darurat ditamatkan sekalipun ia tidak wajar diadakan memandangkan virus membunuh tersebut bukan perkara yang boleh diambil mudah kerana pelbagai varian baharu sudah muncul dan ia boleh berkembang.

“Saya fikir kalau nak buat pilihan raya waktu ada Covid-19, kita akan lihat perkembangan (jangkitan). Sebab itu (walaupun) selepas tamat darurat, tidak boleh diadakan pilihan raya. Kena tunggu mungkin sampai tarikh 2023.

“Kita tidak boleh main-main dah dengan Covid-19 ini. Ia boleh berjangkit kerana sekarang ini bukan saja ada satu varian, kita ada lima varian sekarang ini. Kalau kita main benda ini, dia boleh berkembang,” katanya dipetik dalam Utusan Malaysia.

Beliau juga berkata pengajaran yang berlaku semasa mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September tahun lepas perlu dijadikan iktibar bagi mengelak peristiwa sama berulang.

“Saya tidak fikir tahun ini kita boleh adakan pilihan raya. Ini serius. Jangan main-main. Kita sudah buat di Sabah, apa jadi?” katanya lagi.

Jelas Dr Mahathir lagi, ramai pelabur yang menarik diri daripada membuat pelaburan di negara ini adalah kerana mereka melihat situasi politik tidak menentu dalam negara.

Katanya, punca utama keadaan itu berlaku kerana kerajaan ketika ini tidak cekap dan tidak tahu bagaimana cara untuk menjadikan negara ini satu tarikan kepada pelabur sedangkan Malaysia mempunyai banyak kelebihan.

“Itu bergantung kepada kerajaan. Kalau kita tahu cara-cara, kita boleh tarik balik pelabur kerana Covid-19 ini bukan sahaja di Malaysia, malah Indonesia pun kena Covid-19 juga. Jadi, apa sebab dia (pelabur) nak pindah dari Malaysia ke Indonesia?

“Bukan kerana Covid, tapi kerana kerajaan tidak cekap kalau tidak ada kepimpinan yang tahu caranya. It’s easy to make a policy, but to make the policy work is another thing (ia mudah untuk membuat polisi, tetapi untuk menjadikan polisi itu berkesan adalah satu perkara lain,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok