Tak bincang kerajaan perpaduan, kata Dr M bidas Anwar hubunginya cuba pujuk

June 10, 2021 · Politik

Presiden Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan tidak ada berbincang berhubung isu kerajaan perpaduan semasa pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri dua kali itu menegaskan tiada keperluan isu tersebut dibangkitkan ketika pertemuan bersama Agong, sebaliknya isu yang dibincang lebih berkisar berhubung cara menangani penularan Covid-19 dan menolak pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat kerana ia berisiko tinggi kepada rakyat.

“Tiada perbincangan (mengenai kerajaan perpaduan), Ia hanya akan berfungsi jika kita mempunyai orang yang tepat.

“Saya juga memaklumkan bahawa pilihan raya akan berbahaya kerana kita telah melihat apa yang berlaku di Sabah, jadi itulah yang saya katakan kepada Tuanku,” katanya dalam sidang media maya yang disiarkan menerusi Facebooknya hari ini.

Dr Mahathir sebaliknya menyatakan pandangan untuk lebih cenderung dengan idea penubuhan Majlis Gerakan negara (Mageran) yang ditubuhkan beberapa dekad lalu bagi memulihkan undang-undang dan ketenteraman awam selepas Rusuhan Kaum 1969.

Dr Mahathir mengatakan bahawa beliau juga sudah mengemukakan berhubung perkara tersebut semasa menghadap Tuanku tadi.

Sementara itu, menyentuh mengenai cadangan penubuhan Mageran terhadap Tuanku, Dr Mahathir berkata “Agong tidak kata tidak”.

“Tetapi kata baginda, cadangan pembentukan Mageran harus datang daripada pihak kerajaan.

“Tetapi saya ragu kerajaan akan cadangkan perkara ini,” katanya lagi.

Mengulas lanjut katanya, isu siapa yang akan mengetuai Mageran tidak dibincangkan tetapi sedia menawarkan bantuan jika dikehendaki pihak kerajaan.

Namun, Dr Mahathir juga meragui kerajaan akan menerima tawarannya itu.

Dalam pada itu, Mahathir mendedahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menghubunginya sebelum pertemuannya dengan Tuanku hari ini.

“Anwar menghubungi saya. Dia sepertinya tidak dapat menyarankan penyelesaian masalah yang kita hadapi sekarang,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir tiba di Istana Negara kira-kira 2.30 petang tadi.

Dr Mahathir merupakan wakil pemimpin parti politik ketiga hari ini yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Muhyiddin hargai setiakawan PAS
October 13, 2022
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok