Tak adil hukum Zahid kerana desakan kumpulan kecil: Tajuddin

April 9, 2021 · Politik

Sebarang tindakan yang hendak dikenakan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu diadili terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diputuskan, kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata desakan yang dibuat terhadap Zahid supaya meletak jawatan susulan klip audio perbualan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular tidak boleh dianggap sebagai suara majoriti parti.

“Baharu tiga Bahagian selain daripada Pemuda yang itu hanya beberapa suara, belum lagi, tak boleh dianggap suara majoriti parti.

“Tak adil lah kalau nak kenakan tindakan ke atas seseorang pempimpin kerana kehendak dua tiga orang,” kata beliau kepada Agenda Daily.

Zahid kini berdepan kecaman daripada pemimpin akar umbi UMNO yang secara terbuka mendesaknya supaya meletak jawatan selepas penularan klip audio tersebut.

Beberapa pemimpin utama UMNO sudah mendesak Zahid meletak jawatan secara terbuka, antaranya veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz dan beberapa pemimpin bahagian yang lain.

Zahid sudah membuat penafian dan juga mengarahkan satu laporan polis dibuat bagi mencari dalang yang menularkan klip audio tersebut.

Jelas Tajuddin lagi yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO menegaskan kajian yang teliti berhubung klip audio tersebut perlu dijalankan sebelum sebarang tindakan diambil terhadap Zahid.

“Kajian mesti dibuat pelbagai pihak dan UMNO akan mengkaji sama ada peringkat cawangan dan bahagian negeri, yang penting adalah kemenangan parti,” ujarnya lagi.

Semalam, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan mereka saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Berita berkaitan
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
8 jam lalu· Politik
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
8 jam lalu· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
12 jam lalu· Isu semasa
Anwar akhirnya akuiĀ  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
13 jam lalu· Politik
Popular
Anwar akhirnya akuiĀ  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
June 30, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat
9 jam lalu · Politik
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
16 jam lalu · Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
16 jam lalu · Politik
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
18 jam lalu · Politik
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
June 29, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
7 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok