Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?

October 3, 2022 · Politik

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tampil dengan kenyataan pertamanya membidas Presiden UMNO, Datuk Seri Amad Zahid Hamidi selepas digantung keahlian UMNO selama enam tahun.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu menyindir Zahid sepatutnya membuat keputusan dengan menggantung keahliannya sampai mati bukan hanya selama enam tahun kerana jika tidak mati, bimbang akan hidup balik semula.

“Kalau nak gantung, gantung bagi mati, itu OK. Kalau tak mati, nanti takut dia hidup balik,” katanya disambut ketawa Ahli Parlimen lain dalam Dewan Rakyat hari ini.

UMNO pada Jumaat mengumumkan keputusan tindakan disiplin yang diambil terhadap Tajuddin yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Isu itu timbul apabila Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mencelah dan bertanya sama ada Tajuddin akan bertanding lagi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) kelak.

“Itu tiada masalah, kita masih UMNO. (Tindakan) gantung itu bukan gantung mati. Apa ada masalah?,” katanya.

Tajuddin dilihat agak kritikal dengan sering mengeluarkan kecaman terhadap Zahid, malah sebelum ini semasa sidang media meminta Zahid supaya berundur kerana memiliki kes mahkamah yang banyak.

Selain Tajuddin, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail juga turut menerima nasib sama dan aktivis politik, Datuk Zaharin Mohd Yasin dipecat daripada parti serta-merta.

Zahid nampaknya berterusan memberi tekanan dan desakan supaya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU-15 diadakan segera.

UMNO juga pada Jumaat membuat ketetapan dengan memberi mandat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah diadakan pada masa terdekat.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok