Tajuddin mampu rapatkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia: Nazri

May 19, 2022 · Politik

Seorang Ahli Parlimen (MP) veteran UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menggesa semua pihak tidak prejudis berhubung lantikan rakan separtinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Malaysia ke Indonesia.

MP Padang Rengas itu berkata tidak adil untuk membuat ramalan dengan menganggap Tajuddin tidak layak untuk dilantik ke jawatan penting itu dan menyatakan keyakinan MP Pasir Salak itu mampu mengukuhkan hubungan rapat antara Malaysia-Indonesia.

“Jangan meramal perkara yang belum berlaku…jangan prejudis. Tajuddin mampu rapatkan hubungan dua hala KL-Jakarta. Beliau sudah terbukti diterima oleh penduduk di Pasir Salak selama beberapa penggal.

“Pengundi Pasir Salak memilih beliau selama berpenggal-penggal, ini buktinya beliau mampu ambil hati sesiapa sahaja,” katanya dipetik laporan portal FMT.

Untuk rekod, Tajuddin menjadi MP Pasir Salak sejak Mac 2008 hingga kini.

Selain Nazri, MP Jempol Datuk Seri Salim Sharif juga senada dengan Nazri yang menyifatkan tidak adil untuk menghukum hanya kerana kesilapan dilakukannya semasa menjawat jawatan Pengerusi Prasaran sebelum ini.

“Kita tidak boleh menghukum kalau kesilapan dah berlaku, tetapi itu mungkin iktibar kepada beliau (belajar) untuk perbaiki hubungan (dua hala)…dan tidak melakukan apa-apa yang boleh mencetuskan keadaan tidak baik dalam hubungan KL-Jakarta,” katanya.

Jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia kini kosong dengan yang terakhir disandang diplomat Datuk Zainal Abidin Bakar.

Ketika ini, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq mengetuai anggota kedutaan di negara berkenaan.

Ahli politik berusia 74 tahun itu sebelum ini dipecat daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana berikutan kenyataan yang dianggap tidak sensitif selepas insiden perlanggaran LRT di Kuala Lumpur yang menyebabkan berpuluh-puluh penumpang cedera.

Awal bulan lepas, bekas diplomat Dennis Ignatius menyatakan bahawa kekosongan jawatan yang tidak diisi untuk jawatan tertinggi dalam perwakilan Malaysia di luar negara telah menimbulkan persoalan mengenai hal ehwal domestik di Kementerian Luar.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Saman fitnah, Tajuddin diarah bayar Khalid RM120,000
October 19, 2023· Politik
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Popular
PAS tetap tolak jajaran baharu politik jika disertai DAP, kata Mursyidul Am
June 10, 2022
UMNO sebelum ini minta jawatan TPM juga, kata Faiz
June 23, 2022
PH-BN mesti mohon maaf MP Hulu Langat fitnah guru KAFA
March 14, 2023
ADUN UMNO masih Ketua Pembangkang di DUN Selangor, kata Speaker
March 14, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok