Taikun dipetik dalam kes rasuah YAB desak Zahid gantung keahlian Najib

July 11, 2022 · Politik

Taikun hartanah, Tan Sri Lee Kim Yew mendesak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menggantung keahlian rakannya, Datuk Seri Najib Razak daripada Barisan Nasional (BN) kerana sedang berdepan puluhan pertuduhan kes mahkamah ketika ini.

Untuk rekod, nama Pengasas dan Pengerusi Country Heights Holdings Berhad itu dipetik semasa perbicaraan kes rasuah Yayasan Akalbudi (YAB) melibatkan Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu, Zahid memberitahu Kim Yew menawarkan penjualan dua unit banglo di bawah harga pasaran kerana menghadapi masalah untuk membayar cukai pendapatannya.

“Tawaran ini (harga) daripada Tan Sri Lee Kim Yew iaitu pemilik Country Heights. Dia sangat memerlukan wang, sebab itu dia menjualnya di bawah harga pasaran.

“Dia menghadapi masalah untuk membayar cukai pendapatan, sebab itu masa yang diberikan kepada kami sangat singkat dan harga diskaun diberikan kepada Yayasan Akalbudi (YAB),” katanya semasa memberi keterangan.

Dalam satu surat terbuka yang dihantar kepada Agenda Daily, Kim Yew mendesak Zahid supaya mengambil tindakan tegas terhadap Najib yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

“Dan berasaskan prinsip Rukun Negara, Kepercayaan kepada Tuhan, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang, tiada sesiapa boleh melangkaui undang-undang. Semangat Barisan Nasional berikrar untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta menjaga kepentingan Rakyat Malaysia.

“Oleh itu, saya dengan rendah hati memohon, DatUK Seri, selaku pengerusi dan di bawah semangat sebenar Barisan Nasional, supaya segera menggantung DSN (Datuk Seri Najib Razak) daripada BN yang demi menegakkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang,” katanya dalam surat terbuka kepada Zahid itu.

Kim Yew juga mendakwa kempen “Malu apa Bossku” yang dipelopori Najib bagi meningkatkan imej politiknya di kaca mata rakyat adalah sama sekali tidak wajar dan melanggar etika.

“Seperti yang diketahui umum, kempen ‘malu-apa’ adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan oleh itu melanggar Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan Undang-undang tertinggi di Malaysia, bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan”.

“Malu adalah kualiti Islam, sehinggakan Nabi menganggapnya sebagai ciri simbolik bagi agama Islam dengan berkata, ‘Setiap agama mempunyai ciri ciri khasnya, dan ciri ciri khas Islam adalah håya’= Malu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Kim Yew juga mencadangkan supaya BN menubuhkan jawatankuasa khas bagi membendung amalan rasuah dalam parti tersebut.

“Kedua, rasuah adalah musuh nombor satu negara ini dan ia mesti dihentikan daripada akarnya dan saya mencadangkan semua parti komponen Barisan Nasional perlu menubuhkan jawatankuasa pencegahan rasuah dan menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya dan SPRM untuk menjadi penasihat jawatankuasa, berdasarkan atas prinsip Islam iaitu menentang rasuah,” katanya.

Pada Jun lalu, Kim Yew sudah digantung keahlian sebagai ahli MCA ekoran pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Mohamad sebelum ini.

Surat penggantungan sudah dihantar oleh Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon atas arahan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Surat Terbuka boleh dibaca di ruangan Rencana disini Surat Terbuka Lee Kim Yew kepada Zahid

Berita berkaitan
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
10 jam lalu· Politik
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
12 jam lalu· Isu semasa
Zahid beri isyarat bakal ada kena pecat esok, pembersihan UMNO bermula esok
12 jam lalu· Politik
Bakal dipecat UMNO, PN dan PAS terbuka terima Khairy: Samsuri
18 jam lalu· Politik
Popular
Zahid beri isyarat bakal ada kena pecat esok, pembersihan UMNO bermula esok
January 26, 2023
Rafizi, siapa terduduk ni? soal MB Perlis
January 26, 2023
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
January 26, 2023
Bakal dipecat UMNO, PN dan PAS terbuka terima Khairy: Samsuri
January 26, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi, siapa terduduk ni? soal MB Perlis
16 jam lalu · Politik
Dua ADUN PH dilantik dalam Kabinet Sabah, tiada wakil UMNO kem Bung Moktar
21 jam lalu · Politik
Amanah Kedah sokong pakar Singapura dibawa masuk KPKT, pertahan menteri DAP
21 jam lalu · Politik
UMNO kena beri Nur Jazlan upah sebab kuat menyalak, kata Pemuda PAS
22 jam lalu · Politik
Pegawai MP Bentong dan Setiausaha Akhbar Menteri dipanggil beri keterangan
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
14 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok