Tahap puas hati pengundi terhadap Muhyiddin paling tinggi: Kajian

November 4, 2022 · Politik

Tinjauan pendapat terkini Pusat Kaji Selidik Merdeka Centre mendapati lebih ramai rakyat Malaysia, terutama pengundi yang berusia 18 tahun dan ke atas berpuas hati kepemimpinan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, berbanding empat pemimpin lain.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu memperoleh markah tertinggi sepanjang masa ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini dan sehingga tempoh kajian ‘tahap kepuasan hati’ berakhir pada Oktober 2022.

Beliau memperoleh tahap puas hati antara 46 peratus hingga 93 peratus, menurut laporan kajian yang diterbitkan hari ini (Jumaat, 4 November 2022).

Merdeka Centre meletakkan lima pemimpin untuk kajian kepuasan hati pengundi sepanjang tempoh Januari 2020 hingga Oktober 2022. Mereka ialah Muhyiddin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Datuk Seri Mohamad Hasan; Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kajian ‘Penilaian Pemimpin’ mendapati pengundi berpuas hati dengan prestasi Muhyiddin, mengatasi empat pemimpin lain. Walaupun peratusannya turun naik, tetapi tahap puas hati mengatasi tidak puas hati.

Tahap kepuasan tertinggi diperoleh Muhyiddin adalah pada Mei 2020 iaitu 93 peratus, berbanding Ismail Sabri (62 peratus); Anwar (29 peratus); dan Zahid (21 peratus).

Kajian bagi tempoh sama antara Januari 2020 hingga Oktober 2022 juga mendapati Zahid berada pada kedudukan tercorot sepanjang masa daripada senarai puas hati.

Peratusan tidak puas hati terhadap Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) adalah antara 55 hingga 76 peratus, berbanding puas hati antara 9 hingga 22 peratus.

Rakan baik yang juga cikgu kepada Zahid, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki tempat kedua selepas anak muridnya itu di mana markah tidak puas hati lebih tinggi daripada puas hati.

Seperti Zahid, Anwar juga memperoleh markah tidak puas hati sepanjang masa dari Januari 2020 hingga Oktober 2022. Anwar mendapat peratusan tidak puas hati antara 45 peratus hingga 61 peratus, berbanding puas hati antara 20 dan 34 peratus.

Ismail Sabri pula menduduki tempat kedua selepas Muhyiddin dengan mencatat tahap puas hati antara 35 dan 62 peratus, manakala antara 21 hingga 46 peratus, tidak puas hati.

Sementara itu, tahap puas hati terhadap Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN adalah antara 32 hingga 42 peratus, manakala tidak puas hati mencatat antara 25 hingga 32 peratus iaitu bagi tempoh Mac, Mei, Jun dan Disember 2021, serta pada Julai dan September 2022.

Muhyiddin juga memperoleh tahap kepuasan hati sepanjang masa yang lebih tinggi berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ismail Sabri ketika masing-masing menduduki kerusi Perdana Menteri.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
24 jam lalu· Politik
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
Dua jawatan TPM, satu kepada BN dan GPS: Anwar
November 24, 2022· Politik
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
28 minit lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
4 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
4 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok