Tadbir negara ketika pandemik, rekod jelas keupayaan PN, kata Bersatu

November 7, 2022 · Politik

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya membantu rakyat melalui pelbagai pakej rangsangan ekonomi meski mentadbir negara dalam keadaan serba kekurangan dan cabaran susulan pandemik Covid-19.

Malah Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin berkata ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020, kerajaan PN tidak mempunyai sebarang tawaran manifesto.

Sehubungan itu beliau yang juga calon PN bagi Parlimen Putrajaya berkata rekod itu jelas membuktikan keupayaan PN mentadbir negara jika rakyat memberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

“Ia jelas memberi impak yang cukup baik membolehkan ekonomi kita berada pada tahap pemulihan yang baik selepas kita keluar daripada pandemik Covid-19.

“Rekod kami jelas. PN menjadi kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin menerajui negara tanpa sebarang janji tetapi anda lihat bahawa kita mampu menyampaikan perkhidmatan waktu negara berdepan pandemik dan pelbagai perkara yang tidak pernah terlintas berlaku dengan bantuan PENJANA sehingga kesannya kita dapat lihat sehingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pengeluaran Kertas Undi Pos P125 Putrajaya, hari ini, lapor BH.

Sebelum ini PN mengumumkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri ke-10 jika gabungan itu menang pada PRU-15, 19 November ini.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok