Syor lantik pakar sebagai anggota Mageran jejas kepentingan rakyat

June 12, 2021 · Politik

Cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dianggotai pakar tertentu seperti dicadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad kemungkinan besar boleh menjejaskan kepentingan rakyat.

Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata pakar yang bukan Ahli Parlimen itu mungkin menjadi satu kumpulan yang memiliki kuasa penuh tetapi tidak bertanggungjawab kepada Parlimen dan rakyat.

Beliau berkata kumpulan pakar seperti dicadangkan Dr Mahathir tidak akan bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen.

“Mereka juga bukan ahli politik yang dipilih oleh rakyat jadi mereka tidak boleh dikatakan bertanggungjawab kepada rakyat.

“Kumpulan ini berkemungkinan akan menjadi satu lagi kumpulan berfikiran sendiri (cabbal) dengan memiliki kuasa mutlak dan tiada tanggungjawab kepada Parlimen dan rakyat.

“Malangnya, ini akan memusnahkan demokrasi,” katanya tanpa niat merendahkan kepakaran atau keikhlasan mana-mana individu yang mungkin ada dalam pemikiran Tun Dr Mahathir untuk dilantik menganggotai Mageran yang dicadangkannya.

Marzuki menjelaskan dalam sistem demokrasi berparlimen yang berasaskan Westminster System, cabang eksekutif terbahagi kepada dua, iaitu eksekutif politik dan profesional.

Katanya, eksekutif politik adalah anggota Kabinet yang terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Perdana Menteri mestilah seorang Ahli Dewan Rakyat manakala Menteri dan Timbalan Menteri boleh dilantik dari kalangan ahli mana-mana Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

“Ringkasnya, political executive secara umumnya adalah terdiri daripada ahli-ahli politik yang sama ada dipilih dalam pilihan raya atau dilantik sebagai senator,” katanya.

Sementara eksekutif profesional pula adalah penjawat awam diketuai Ketua Setiausaha Negara sehinggalah kepada kakitangan sokongan di jabatan dan agensi yang akan melaksanakan dasar diputuskan kerajaan, katanya.

Kumpulan itu katanya berkhidmat kepada kerajaan sedia ada tanpa mengira parti mana yang memerintah, sehingga mereka bersara.

Beliau berkata dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing, eksekutif politik dan eksekutif profesional dipandu oleh dasar yang diputuskan Kabinet sebagai badan eksekutif tertinggi negara.

Marzuki juga menyentuh mengenai fungsi Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan yang bertindak akas nasihat jemaah menteri.

“Jadi seeloknyalah, jika pun ada pihak yang ingin mencadangkan penubuhan MAGERAN, cadangan ini mesti dipertimbangkan oleh kabinet terlebih dahulu dan Perdana Menteri lah yang akan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenainya, bukan sebaliknya.

“Justeru, tidak perlulah mana-mana pihak memberi tekanan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini. Kedudukan Baginda Tuanku sebagai Ketua Negara adalah paling tinggi dalam sistem kerajaan di negara kita dan penghormatan mestilah diberikan kepada Baginda Tuanku untuk menjalankan fungsi sebagai Raja Berperlembagaan,” katanya.

Ikuti pendapat penuh Datuk Dr Marzuki Mohamad dalam ruang Rencana Agenda Daily.

Berita berkaitan
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Tiada guna undang-undang anti lompat, takkan Speaker nak isytihar kerusi kosong
November 11, 2023· Rencana
Al-Sultan Abdullah menamatkan tempoh pemerintahan 30 Jan, zahir penghargaan
October 26, 2023· Isu semasa
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Popular
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
October 2, 2022
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok