Syor BN jadi pembangkang nak tutup sokongan UMNO kepada PH, DAP

November 20, 2022 · Politik

Ada beberapa pemimpin UMNO yang masih mentah dalam politik dan kalah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), semalam (19 November 2022) mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) menjadi ‘pembangkang’.

Cadangan ‘budak-budak mentah’ itu agak pelik. Kononnya mahu mengambil jalan tengah tidak menyokong Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan (PH).

Jadi, mereka seolah-olah mencadangkan wakil rakyat BN duduk di kerusi blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Kita tahu individu yang memberi cadangan sedemikian adalah mereka yang rapat dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang kini dipenjarakan.

Jika kerjasama antara Perikatan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta sokongan daripada enam wakil rakyat parti lain, termasuk Bebas – demi kestabilan negara – maka parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Jika cadangan itu diterima ini bermakna BN akan duduk sebaris dengan PH di blok pembangkang.

Tidakkah ini bermakna BN yang dikuasai UMNO juga secara tidak langsung menjadi sekutu PH yang turut dianggotai DAP – parti yang disebut-sebut pemimpin UMNO sebagai tidak menghormati orang Melayu?

Justeru, benarkah UMNO di bawah kepimpinan Zahid kini boleh dicop sebagai parti PENGKHIANAT BANGSA MELAYU?

Antara yang membuat cadangan supaya BN menjadi pembangkang ialah calon BN bagi Parlimen Shah Alam yang kalah, tetapi kini bersetuju menerima jawatan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil.

Dia adalah pengikut setia Najib yang dipecat serta-merta sebagai Ketua Penerangan BN Selangor, tetapi kemudian dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di bawah Zahid.

Seorang lagi yang membuat cadangan serupa ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh. Cadangan itu dibuat setelah UMNO dan BN kalah semua kerusi Parlimen di negeri itu, termasuk kerusi yang dimenanginya pada PRU-14 – Jasin dan Masjid Tanah.

Kenapa tiba-tiba muncul cadangan ini?

Adakah cadangan ini datang daripada orang tertentu di dalam MT yang rapat dengan Zahid, yang tidak mahu memperlihatkan dia sememangnya menyokong Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri?

Kita tahu bagaimana rapatnya hubungan Zahid dan Anwar sebelum ini.

Kononnya bagi menunjukkan bahawa UMNO/BN tidak menyokong PH/DAP dan juga tidak mahu bersama Perikatan Nasional, maka parti itu mengambil jalan tengah menjadi pembangkang.

Tapi perlu diingat, jika UMNO/BN mengambil keputusan sedemikian, kerusi mereka di Dewan Rakyat adalah di blok pembangkang yang turut dibarisi PH dan DAP.

Jadi, sekiranya tidak mahu dicop PENGKHIANAT BANGSA MELAYU, UMNO sewajarnya memberi sokongan kepada Perikatan Nasional untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang lebih kukuh dan stabil.

Namun, UMNO mestilah berjanji dengan ikhlas, tidak akan melakukan pengkhianatan sebagaimana dibuat oleh 14 Ahli Parlimen mereka diketuai Zahid, apabila menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin pada 2021.

Ketua Pengarang
Agenda Daily

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
2 jam lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
4 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
6 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
22 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok