Syed Saddiq dihadapkan ke mahkamah, perkara yang anda perlu tahu

July 22, 2021 · Politik

Kontroversi kes melibatkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tercetus pada Mac 2020, ia bermula dengan satu laporan polis dibuat beliau sendiri berhubung kehilangan wang di rumahnya.

Ahli Parlimen Muar tersebut merupakan Ketua Armada, sayap pemuda dalam BERSATU sebelum digugurkan keahlian kerana keengganan duduk di bangku kerajaan malah duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei.

Syed Saddiq akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Rasuah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi esok.

Kronologi kes Syed Saddiq

29 Mac 2020

Laporan polis dibuat oleh Syed Saddiq (SS) di Balai Polis Sg. Way, Petaling Jaya pada jam 8.42 malam, 29 Mac 2020.

Dalam laporan tersebut menyatakan beliau menyedari duit telah dicuri/hilang/berkurangan anggaran sebanyak RM250,000.00 daripada peti besi dalam rumah tersebut pada jam lebih kurang 7.00 petang 28 Mac 2020.

Tiada kesan umpil dan keadaan rumah/bilik kemas.

Ada kod rahsia peti besi dan orang tertentu saja tahu simpan di mana.

Kali terakhir Syed Saddiq buka peti tersebut adalah pada 13 atau 14 Mac 2020.

31 Mac 2020

Syed Saddiq mendakwa wang tersebut adalah milik peribadi beliau dan ibu bapanya, ia selepas timbul kontroversi berhubung bagaimana sejumlah wang sebanyak itu disimpan di dalam rumahnya.

Syed Saddiq berkata, mereka membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang itu yang mana RM90,000 adalah miliknya; RM50,000 (ibunya) dan RM70,000 (bapanya).

“Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan pengubahsuaian rumah yang kami miliki bersama dan juga untuk tujuan peribadi.

“Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya Abuyah (bapa) dan Mama mengambil keputusan membeli rumah bersama,” katanya menurut laporan portal Berita Harian.

7 Jun 2020

Beberapa bulan selepas siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM600,000 dari rumah dua ahli Armada, ia dipercayai milik parti berkenaan.

Selain itu, SPRM turut merampas sebuah kereta bernilai RM100,000 milik pihak ketiga.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, kedua-dua ahli Armada itu disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan dibuat oleh Syed Saddiq berhubung kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.

“Hasil soal siasat, kami pergi ke rumah kedua-dua ahli (Armada) berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

“Pemeriksaan dilakukan menemui wang tunai berjumlah RM600,000 di dua lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan.

18 Julai 2020

Syed Saddiq dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes yang sedang disiasat agensi berkenaan, ia berhubung laporan polis yang dibuatnya melibatkan kehilangan wang berjumlah RM250,000 yang disimpan di kediamannya, Petaling Jaya pada 28 Mac lalu.

Syed Saddiq ketika itu berkata tiada apa-apa untuk disembunyikan dan berterima kasih atas komitmen pegawai SPRM sepanjang diambil keterangan.

“Terima kasih para pegawai SPRM yang bertugas lebih masa hari ini (semalam) atas layanan yang baik dan profesional (sepanjang siasatan).

“Sekali lagi, saya tak ada nak sembunyikan apa apa. Berani kerana benar,” katanya dipetik media.

Berita berkaitan
C4 bidas PMX lagi lantik Azam Baki, tak faham kenapa masih disambung lantikan
June 3, 2023· Politik
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
June 2, 2023· Politik
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023· Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
Peja sahkan tidak tanding PRN
54 minit lalu · Politik
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
2 jam lalu · Politik
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
5 jam lalu · Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
5 jam lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
17 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok