Syed Ibrahim tegur Syed Saddiq nak langgar PKR

February 20, 2022 · Politik

Pengumuman 20 calon PKR yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menunjukkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi Pakatan Harapan (PH) dan parti gabungan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), telah selesai.

Malah, tindakan Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang masih mempertikaikan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi juga turut ditegur Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

“Sikap mengugut dan mengancam antara satu sama lain wajar diketepikan. Jika kebetulan kita bertanding di kawasan bersebelahan, kita akan saling membantu. Kalau terus mengugut, kerja tidak berjalan.

“Berbalik kepada soal prinsip, PH mempunyai kerjasama dengan MUDA dari segi pembahagian kerusi apabila MUDA menerima kerusi daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP. PKR juga adalah sebahagian daripada PH.

“Jadi tak perlulah kata kalau kita tak boleh runding dengan PKR, kita akan langgar (berlaku pertindihan kerusi). Saya rasa itu sikap yang tidak betul.

“Kita perlu ada ‘gentleman’s understanding’ (persefahaman budiman) walaupun kita bukan rakan dalam PH. Atas dasar itu, saya rasa tak perlulah membuat kenyataan menyatakan MUDA akan ‘langgar’,” katanya memetik laporan BH.

Kelmarin, Syed Saddiq dilaporkan berkata, perbincangan antara pihaknya dengan PKR gagal mencapai kata sepakat, selain membayangkan kemungkinan berlaku pertindihan kerusi dengan PKR.

Syed Ibrahim berkata pengumuman semua 20 calon parti itu bermakna isu pembahagian kerusi sudah dimuktamadkan, sekali gus memberi isyarat kepada MUDA untuk memfokuskan usaha memenangi pilihan raya bersama PH.

Katanya, parti pimpinan Syed Saddiq perlu menyedari mereka bersama daripada parti pembangkang dan perlu menewaskan lawan yang sama.

Bagi menjernihkan keadaan, Syed Ibrahim berharap MUDA tidak berterusan mempersoalkan perkara itu, sebaliknya tampil bersama PH untuk saling membantu di kawasan ditandingi.

“PKR akan memberi tumpuan di 20 kerusi ditandingi manakala MUDA perlu memastikan kerusi yang diperoleh daripada AMANAH dan DAP tidak dipersiakan,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
September 29, 2022· Politik
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
September 29, 2022· Politik
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
September 28, 2022· Politik
Kenapa Anwar keberatan nak lawan Zahid di Bagan Datuk?
September 27, 2022· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PM kena bincang dengan Kabinet, perlukan sokongan penuh
October 1, 2022 · Politik
PRU-15 ketika banjir serlah sikap UMNO sanggup gadai nyawa rakyat
30 minit lalu · Politik
Zaharin yang dipecat ajak rakyat tolak UMNO, BN bawah ‘penyamun’
1 jam lalu · Politik
Radzi bidas UMNO jangan rasa besar sangat, ingat rakyat sama
2 jam lalu · Politik
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
15 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok