Syarat UMNO tak ikut kehendak agama, PAS pasti tolak: Rosol

October 4, 2022 · Politik

Bersatu yakin PAS tidak akan menerima syarat dikemukakan UMNO untuk menjalin kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Rosol Wahid melihat syarat yang dikemukakan UMNO itu bertentangan dengan matlamat utama PAS untuk menyatupadukan Melayu dan Islam.

“Jika atas dasar perpaduan, saya yakin PAS menolak syarat tersebut tapi saya tidak pasti sama dia (PAS) menerima atau tidak.

“Itu pandangan saya, sebab kita tahu matlamat PAS tetapi syarat-syarat tersebut nampaknya lari daripada kehendak agama,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Terdahulu, UMNO mengulangi pendirian terhadap syarat yang dikenakan kepada PAS sekiranya ingin bekerjasama, namun bersedia bergerak solo pada PRU-15 sekiranya parti Islam itu enggan meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

Serentak itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS menyatakan pendirian berhubung perkara berkenaan dengan secepat mungkin.

Zahid mengesahkan beliau bertemu dengan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan berbincang mengenai beberapa perkara dasar, sebelum membentangkannya kepada biro politik dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Tiga syarat berkenaan ialah:

  • PAS perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN);
  • Memutuskan hubungan politik dengan Bersatu; dan
  • Mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan dan bukan hanya sekadar retorik politik.

Mengulas lanjut, Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata beliau yakin PAS lebih memilih penyatuan ummah bersama Bersatu.

Ketika ditanya mengenai syarat dikenakan UMNO, Rosol menjelaskan, perkara itu adalah hak untuk mana-mana parti.

“Itu hak UMNO (tentukan syarat) tetapi sama ada PAS terima atau tidak, terpulanglah. Bagi Bersatu mudah sahaja, orang tak ingin kita pun tak mahu,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
36 minit lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok