Syarat PN mesti dipatuhi jika Ismail Sabri dilantik PM Kesembilan

August 19, 2021 · Politik

Ikatan persefahaman yang lebih kuat antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), selepas sokongan diberikan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk jawatan Perdana Menteri, diharap tidak runtuh lagi.

Ahli Parlimen (MP) Bandar Tun Razak Datuk Kamarudin Jaffar berkata punca kejatuhan Kerajaan PN sebelum ini harus dijadikan iktibar supaya tidak berlaku lagi.

Sebab itu, katanya, syarat ditetapkan oleh PN iaitu Jemaah Menteri yang bakal dilantik mesti terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah, mesti dipatuhi.

Katanya, syarat itu bagi memastikan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa diteruskan dan tidak melibatkan pentadbiran yang berpaksikan soal kepartian atau isu-isu peribadi semata-mata.

“Kali ini, UMNO diberikan amanah sepenuhnya sebagai calon Perdana Menteri dan PN seperti yang diumumkan Pengerusi (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan menyokong secara bersyarat.

“Punca kejatuhan PN sebelum ini, harus dijadikan sebagai teladan supaya tidak terjadi lagi…jika terjadi lagi, saya risau akan memberi tekanan kepada rakyat dan seterusnya mereka akan menghukum (Ahli Parlimen) dalam PRU (pilihan raya umum) nanti,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan secara maya dalam program ‘Malaysia Petang Ini: PN Kembali?’ terbitan Bernama TV yang disiarkan petang tadi.

MP Bersatu itu mengakui persefahaman antara PN dan BN, terutama UMNO, kini kembali kukuh berbanding ketika menjadi kerajaan sebelum ini.

Perkara itu katanya telah diterjemah menerusi konsesus oleh Bersatu, PAS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk menyokong BN, yang menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Mengakui percakaran dan tiada kesefahaman antara parti menjadi punca kejatuhan PN, beliau berharap perkara sama tidak berulang sekiranya calon daripada BN dipilih sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Pada 16 Ogos lalu, Muhyiddin secara rasmi meletak jawatan Perdana Menteri selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat susulan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan 14 lagi Ahli Parlimen UMNO menarik diri daripada menyokong kerajaan dan Muhyiddin.

Tindakan itu adalah kemuncak kemelut politik dicetuskan UMNO yang pada awalnya bersetuju menyokong PN membentuk kerajaan baharu setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, dengan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Namun gerakan terancang dan serangan oleh beberapa pemimpin UMNO menyebabkan keabsahan Muhyiddin dipertikaikan, sebelum beliau meletak jawatan.

Berita berkaitan
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022· Politik
PAS masih belum tutup ruang untuk penyatuan ummah
August 1, 2022· Politik
Logo baharu PN akan digunakan semasa PRU-15, kata Muhyiddin
July 11, 2022· Politik
PAS kekal guna logo PN, Hadi tak tolak PRU perlu disegerakan
June 24, 2022· Politik
Popular
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
August 14, 2022
Ismail Sabri, PN sudah bertemu
August 13, 2022
PRU-15: PN yakin tawan enam kerusi DUN milik UMNO
August 13, 2022
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
August 14, 2022
Lagi Politik terkini
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
3 jam lalu · Politik
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
3 jam lalu · Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
3 jam lalu · Politik
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
9 jam lalu · Politik
Undi18 platform anak muda tawar politik segar, kata Tengku Zafrul
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok