Syarat Najib sokong Ismail Sabri sebagai PM, adakah dapat ditunaikan?

August 22, 2021 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti bingung dan tertanya-tanya apakah yang menyebabkan rakan komplotnya, Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) ke sembilan.

Ketua Pembangkang itu pasti terkejut dan bingung dengan keputusan pusingan-U dibuat Najib secara tiba-tiba, walhal ia bukan rahsia umum lagi wujud pakatan sulit melibatkan tiga sekawan iaitu Anwar, Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Najib dan Zahid terlibat dalam komplot untuk menyokong Anwar bermula dengan surat yang dihantar ke Istana Negara pada Oktober 2020 tahun lalu, ia kemudiaan disusuli pula dengan pendedahan klip audio tular perbualan pakatan sulit dengan Zahid pada April selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU).

Dua bukti ini adalah yang paling jelas didedahkan kepada umum, ia belum lagi dikira pertemuan rahsia ketiga-tiga pemimpin ini serta perbualan menggunakan talian rahsia dipercayai merancang strategi untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, rancangan untuk mengangkat Anwar sebagai PM baharu menemui kegagalan selepas UMNO akhirnya berjaya menemui calon mereka sendiri dan ia hasil bantuan Muhyiddin yang bijak memilih calon yang sesuai untuk menggantikannya.

Langkah Muhyiddin melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) adalah taktikal bagi memberikan isyarat kepada UMNO bahawa itu adalah calon PM mereka dan bukan Anwar, Zahid atau pun Najib.

Macam mana Ismail Sabri boleh menyakinkan Zahid dan Najib untuk menyokongnya sebagai calon PM, ia pastinya bukan suatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua individu yang sudah mempunyai perjanjian dengan Anwar itu.

Namun, Ismail Sabri dan beberapa pimpinan utama UMNO berjaya menyakinkan Najib dan Zahid untuk menyokong Ahli Parlimen Bera itu sebagai calon PM pada Mesyuarat Tertinggi (MT) sehari sebelum Surat Akuan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong seperti yang dititahkan.

Keutamaan pastinya untuk memilih calon PM dari UMNO dan Ismail Sabri adalah calonnya, antara hujah yang gagal dijawab Zahid dan Najib adalah apakah mereka berdua setuju untuk Anwar sebagai PM jika tidak mahu meneruskan kerjasama politik dengan rakan parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Memandangkan UMNO sudah mempunyai calon PM, Najib dan Zahid akhirnya terpaksa bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri. Oleh sebab itu, Agenda Daily daripada awal lagi membangkitkan berhubung isu siapa calon PM dari UMNO. Jadi, persoalan itu sudah terjawab selepas Ismail Sabri naik menjadi TPM dilantik Muhyiddin.

Selesai satu bab apabila Ismail Sabri berjaya menjadi PM baharu tetapi pelbagai pihak sudah mula membicarakan mengenai soal siapa yang sepatutnya mengemudi UMNO sebagai Presiden parti itu.

Siapa Presiden UMNO selepas ini? Adakah Ismail Sabri layak menjadi Presiden parti?

Individu yang paling layak untuk menjawab siapa bakal Presiden UMNO selepas ini Agenda Daily serahkan kepada Najib untuk menjawabnya.

Najib mempunyai jawapan tersebut dan ia kononnya sudah dipersetujui secara konsensus semasa mesyuarat MT UMNO pada malam semua Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menandatangani Surat Akuan menyokong Ismail Sabri sebelum ia dihantar ke Istana Negara.

Jawapan yang akan diberikan Najib tersebut adalah syarat yang diletak beliau menyokong Ismail Sabri sebagai PM ke-9, jika Najib mahu menafikan ia terpulang tetapi yang pasti Agenda Daily sentiasa memberikan laporan yang tepat dan tidak pernah memutarbelit fakta.

Berita berkaitan
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
10 jam lalu· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
10 jam lalu· Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
10 jam lalu· Isu semasa
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
12 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
October 3, 2022
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
October 3, 2022
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
October 3, 2022
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
October 3, 2022
Lagi Politik terkini
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
13 jam lalu · Politik
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
15 jam lalu · Politik
Perlu kebenaran penjara jika Najib mahu hadir ke Parlimen: Speaker
16 jam lalu · Politik
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
17 jam lalu · Politik
Zahid kata keputusan pecat dan gantung ahli supaya UMNO harmoni
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
10 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok