Susulan ucapan Zahid MCA sedia beri kerjasama kepada SPRM: Wee

October 15, 2022 · Politik

MCA mengalu-alukan sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menjalankan siasatan setelah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) juga akan berdepan tindakan mahkamah jika gabungan itu kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong berkata ramai pihak, terutama pembangkang membuat kesimpulan pemimpin parti komponen BN perlu disiasat terlebih dahulu kerana rasuah, susulan ucapan Zahid ketika perhimpunan MIC Isnin lalu (10 Oktober 2022).

“Sekiranya terdapat sebarang gejala rasuah atau salah laku, seluruh kepimpinan MCA mengalu-alukan SPRM untuk menjalankan siasatan mengikut undang-undang.

“Tetapi janganlah menggunakan tuduhan tidak berasas tanpa sebarang bukti itu untuk kempen pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya sambil mendakwa ucapan Zahid itu telah diputar belit.

Pada perhimpunan perwakilan MIC Isnin lalu Zahid dilaporkan telah menamakan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang berada dalam “senarai menunggu” untuk didakwa atas kesalahan yang telah dilakukan mereka.

Pemimpin terbabit yang disebut Zahid, termasuk Wee sendiri, serta Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran; dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.

Susulan itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengulasnya dalam Twitter pada Khamis berkata “Terkesima mendengar, bagaimana secara terang orang politik boleh mengaku tujuan untuk menang PRU (pilihan raya umum) adalah bagi mengelakkan kes rasuah mereka dibicarakan di mahkamah.”

Veteran politik Lim Kit Siang semalam turut mengulas isu sama sambil berkata pendedahan Zahid itu membuktikan kewujudan, bukan sahaja “Kluster Mahkamah UMNO”, tetapi juga “Klueter Mahkamah BN”.

“Saya tidak tahu apakah bentuk tuduhan rasuah atau tuduhan lain yang boleh dibawa terhadap Mohamad, Hishammuddin, Ka Siong, Vigneswaran, atau Saravanan, tetapi Zahid sepatutnya lebih tahu,” kata Kit Siang dalam blognya.

Mengulas lanjut isu itu, Wee memberi jaminan bahawa pemimpin MCA boleh menghadapi ujian integriti, dan parti itu mengalu-alukan sebarang siasatan oleh SPRM.

Wee juga menegaskan tiada pemimpin MCA telah didakwa atas amalan rasuah, berikutan kekalahan BN pada PRU-14 lalu, sambil berkata ucapan Zahid itu adalah satu jenaka.

Beliau berkata mana-mana orang yang mendengar ucapan Zahid pada perhimpunan agung MIC itu dapat melihat dengan jelas penamaan pemimpin parti komponen BN yang kononnya “sebaris untuk pendakwaan” dibuat secara berseloroh.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
7 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
12 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
13 jam lalu· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
15 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
16 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok