Susahkan rakyat buat PRU musim tengkujuh, tapi BN peduli apa

November 11, 2022 · Politik

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sepatutnya boleh diadakan tahun depan apabila penggal Parlimen ke-14 berakhir, bukannya antara November 2022 hingga Mac 2023 tatkala negara dilanda musim tengkujuh yang berlaku setiap tahun.

Masakan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia tidak tahu bahawa bencana, seperti banjir dan tanah runtuh, sentiasa berlaku secara tahunan di Malaysia?

Malah, sebelum pengumuman pembubaran Parlimen dibuat pun, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah memberi amaran berhubung perubahan angin Monsun Timur Laut yang akan melanda negara mulai bulan ini hingga Mac tahun depan.

Tapi apakan daya, kerana desakan daripada Barisan Nasional, terutama UMNO, Naib Presiden parti itu yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, terpaksalah juga mengikutnya, sekali gus menunjukkan BN tidak prihatin kesusahan yang bakal dialami rakyat.

Justeru, adakah layak untuk memilih BN menerajui Kerajaan Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang?

Contoh sudah ada di depan mata, apabila beberapa kawasan di Selangor, Johor dan Kedah, mengalami banjir. Walaupun, dilaporkan hanya banjir kilat (banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka), keadaannya tetap menyusahkan rakyat.

Ini kerana banjir kilat itu kadang kala menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan apabila air memasuki rumah mereka walaupun hanya satu atau dua malam. Tidakkah ini menyusahkan rakyat?

Apa jadi sekiranya pada hari pengundian nanti (19 November) yang tidak berapa hari lagi, tiba-tiba hujan lebat dan banjir berlaku? Pastinya ia menyukarkan pengundi untuk bergerak.

Inilah rancangan yang diatur BN supaya peratusan keluar mengundi rendah sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk menang. Wajarkah memilih BN menjadi kerajaan jika beginilah sikap mereka?

Tetapi, sebab sebenar kenapa BN berkehendakkan pilihan raya diadakan segera sudah diketahui umum. Ianya melibatkan kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh pemimpin tertinggi BN, khususnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dia menghadapi 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah di mahkamah, melibatkan berjuta-juta ringgit. Ada keputusan yang telah dibuat dan ada yang belum. Semua kesalahan itu didakwa dilakukan ketika Zahid menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika BN memerintah negara.

Tapi kes yang penting ialah berkaitan Yayasan Akalbudi (YAB) di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Januari telah memerintahkan Zahid membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana YAB.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie (pada zahirnya) bagi semua tuduhan terhadap Zahid. Logiknya apabila disebut prima facie bermakna sebelah kaki telah masuk dalam penjara.

Tiada cara untuk melepaskan diri daripada undang-undang kecuali dia mesti memastikan BN dapat memerintah negara. Kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, kononnya tidak campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan pemimpin mereka, hanya cakap politik untuk menyedapkan telinga pengundi menjelang 19 November ini.

Tok Mat memberi contoh kes-kes melibatkan pemimpin UMNO seperti Datuk Harun Idris, Datuk Mokhtar Hashim, Khir Toyo, Zahid dan Datuk Seri Najib Razak.

Tapi, rakyat terutama anak muda sekarang bukan lagi bodoh. Kes melibatkan Harun, Mokhtar dan Khir bukan ketika UMNO/BN di bawah pemimpin seperti yang ada sekarang.

Ketika kes Harun dan Mokhtar, UMNO/BN di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad yang memang menentang rasuah dan salah guna kuasa. Kes Khir pula, UMNO/BN di bawah Najib dan memang diketahui bahawa Khir bukan orang bekas Perdana Menteri.

Najib dan Zahid pula dibawa ke mahkamah ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kali kedua. Selepas Tan Sri Muhyiddin menggantikan Dr Mahathir, Zahid dikatakan meminta bantuan supaya kesnya digugurkan.

Cuba lihat apabila Najib dimasukkan ke penjara. UMNO mengadakan perhimpunnan khas yang didalamnya penuh dengan ucapan kebencian terhadap kerajaan campuran BN-Perikatan Nasional.

Malah ada pemimpin UMNO yang mengutuk Perdana Menteri mereka sendiri kerana tidak campur tangan melantik ‘orang sendiri’ menjadi Peguam Negara supaya mudahlah mereka mengawal pendakwaan terhadap pemimpin UMNO dan BN. Bukankan ini cubaan campur tangan dalam undang-undang dan proses kehakiman?

Kerana berpegang kepada prinsip keadilan, UMNO/BN kemudian menggulingkan Muhyiddin, walaupun ketika itu rakyat berada dalam kesusahan akibat pandemik Covid-19. UMNO dan BN mencipta persepsi ‘kerajaan gagal’, ‘PKP separuh masak’ dan lain-lain supaya rakyat membenci Kerajaan Perikatan Nasional.

Wajarkah pengundi memilih BN menjadi kerajaan jika sikap dan perangai pemimpin mereka sedemikian?

Seperti kata Muhyiddin semalam pengundi mempunyai tiga pilihan parti mana yang layak memimpin negara – Perikatan Nasional; BN; dan PH. Tetapi sikap pemimpin BN menyebabkan parti itu sudah tertolak.

Daripada memilih PH yang didalamnya terdapat parti ekstremis dan cauvinis, adalah lebih baik pengundi memilih Perikatan Nasional yang terbukti prihatin terhadap rakyat – ini dapat dilihat kepada kejayaan menangani pandemik Covid-19 dan memberi bantuan berbilion-bilion ringgit kepada rakyat.

Rakyat, terutama anak muda, zaman sekarang bukan boleh diperbodohkan oleh UMNO dan BN. Gelombang perubahan yang mahukan Perikatan Nasional memerintah sudah semakin besar, menunggu masa menghempas bilik pembuangan undi PRU pada 19 November ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya seleweng RM600 bilion?
20 jam lalu· Rencana
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
13 minit lalu · Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu · Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
6 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok