Susah-susah fikir untuk PN, PAS kata Jazlan patut fikir kenapa kalah 2 penggal

January 27, 2023 · Politik

PAS Perak menasihatkan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed agar fokus kepada faktor kekalahan Parlimen Pulai ditandinginya dua penggal berturut-turut daripada sibuk menguruskan hal ehwal parti lain.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria secara sinis berkata Nur Jazlan sewajarnya memikirkan punca kekalahan teruk UMNO di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada PRU-15 lalu.

“Bagus Datuk Nur Jazlan, susah-susah saja beratkan kepala fikir untuk Perikatan Nasional (PN).

“Ada baiknya Datuk fokus kenapa Datuk kalah teruk di kerusi Parlimen Pulai dua penggal berturut-turut (PRU-14 dan PRU-15).

“Ada baiknya Datuk fikir kenapa UMNO langsung tidak memenangi satu kerusi parlimen pun di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, lewat malam tadi.

Selasa lalu, Nur Jazlan dilaporkan menggesa pemimpin PN untuk melakukan sesuatu terhadap ‘masalah psikologi’ Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa berlarutan terutama berkenaan kenyataan pemberian wang kepada pengundi semasa PRU-15 sebagai sedekah.

Media melaporkan Nur Jazlan berkata, mereka perlu menyedarkan Ahli Parlimen Marang itu untuk ‘banyak-banyak mengucap’ dan menerima hakikat bahawa PN gagal menjadi kerajaan walaupun memenangi jumlah kerusi yang banyak.

Sebelum ini media melaporkan Abdul Hadi mendakwa pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi semasa PRU-15 sebagai sedekah.

Ahli Parlimen Marang itu mengulas perkara berkenaan sebagai reaksinya terhadap tindakan UMNO Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU-15 di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman yang dimenangi calon PN daripada PAS.

Dalam kenyataan sama, Razman yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak turut mengingatkan Nur Jazlan agar memikirkan kesan keputusan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang terhadap golongan muda.

“Ada baiknya Datuk fikir apa kesan kepada penyokong UMNO dari kalangan orang muda akibat jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok