ULASAN: Susah rupanya pemimpin UMNO mahu berubah

March 11, 2022 · Politik

Geli hati melihat beberapa pimpinan utama UMNO menelan bulat-bulat umpan yang dilempar Naib Presiden PAS kelmarin.

Dalam satu ceramah oleh Dato’ Mohd Amar Abdullah, beliau sinis menyebut Singapura lebih maju kerana tiada UMNO di sana. Ayat ini nampaknya tertusuk ke lubuk hati yang paling dalam bagi pimpinan UMNO.

Apa tidaknya, pimpinan Pemuda, calon Menteri Besar, Dato’ Seri Hasni Mohammad dan terbaru Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri. Mereka cukup beremosi apabila disebut ‘Singapura maju tanpa UMNO’.

Sedangkan sekian lama, mereka memperleceh Negeri Kelantan, menghina sosio-ekonomi Kelantan dengan pelbagai ejekan. Namun apabila terusik sedikit ego mereka, masing-masing mendada bangun menunjukkan amarah.

Pimpinan Pemudanya menyebut Singapura bernasib baik kerana tiada pembangkang seperti PAS. Ini sudahpun menjadi bahan lelucon warganet kerana Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan itu seakan-akan lupa siapa kerajaan dan siapa pembangkang di Malaysia ketika ini. Lucu dan tohor.

Selepas itu nampaknya Dato’ Seri Hasni sendiri pula menelan umpan ini. Oriental Daily melaporkan beliau menyebut, “If Singapore had UMNO, it would be more developed than it is now”. Ini juga menjadi bahan kepada kritikan dan hentaman kuat rakyat.

Kata-kata sombong beliau itu, dalam masa beberapa jam sahaja dimuat naik dalam laman berita media sosial, dikecam ribuan rakyat daripada latar belakang urban dan sub-urban. Masing-masing menempelak Hasni. Middle class citizen Johor kelihatan semakin muak dan jelak dengan perangai pimpinan UMNO ini.

Kemuncak kepada fenomena ‘koyak’ UMNO dalam isu ‘Singapura maju tanpa UMNO’ adalah Presiden mereka sendiri yang membalas sindiran Dato’ Amar.

Kata beliau, kononnya Singapura lebih maju berbanding Malaysia kerana negara itu tidak diperintah oleh UMNO, disifatkannya sebagai alasan tidak berintelektual untuk memperkecilkan pihak lawan.

“Kalau kita mahu memperkecilkan lawan atau rakan politik lain, saya fikir gunakanlah alasan yang lebih intelektual,” ucap Zahid di Tangkak.

Wah-wah Dato’ Seri, masa pimpinan UMNO segenap peringkat menghina Kelantan, tanpa asas fakta, apatah lagi nilai intelektual, Dato’ Seri senyum sahaja. Tetapi bila dicubit sedikit oleh kami, seluruh hulubalang parti dan Dato’ Seri sendiri melompat?

Itulah dia UMNO, yang hidupnya sentiasa mahu dipuja dan dipuji, yang terus merasa hebat walaupun pernah ditunjuk jalan keluar Putrajaya oleh pengundi pada PRU-14 lalu.

Susah rupanya mahu insaf ini. Kalau ada pun perasaan itu, ia hanya sebentar sewaktu poket kosong, tiada projek, ‘jalan sepak kertas’ dan kuasa politik negara berada di tangan orang.

Setelah beroleh kembali sedikit ruang kuasa, ada yang kembali gila. Rakyat dilupa. Apa pun hari ini, rakyat ketawa, umpan ‘UMNO tiada di Singapura’, nampaknya mengena.

UMNO sentiasa mahu dipuja dan dipuji, egonya koyak dek umpan sindiran.

Mohd Azreen Mustapha
Darulnaim Research Centre

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
15 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok