Surat RoS, Shahidan kemuka usul tergempar esok

March 7, 2023 · Politik

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka bakal mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat esok berkait surat yang didakwa daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai pemilihan UMNO.

Menurutnya usul tergempar itu akan dikemuka mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi penjelasan mengenai kesahihan kandungan surat tersebut.

“Usul ini akan dibawa secara tergempar kerana ia membabitkan kepentingan awam dan atas dasar apa pengecualian diberikan. Kami juga mahu penjelasan, adakah surat ini benar?

“Insya-Allah saya akan bawa usul tergempar. Perkara ini harus dibawa dalam Parlimen. Saya rasa ia wajar untuk saya bawa mengikut Perkara 18(1) untuk usul ini disegerakan.

“Kita mahu supaya rakyat memahami tujuan menteri berbuat demikian (memberi pengecualian kepada UMNO),” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Hari ini tular surat didakwa dikeluarkan RoS menyatakan usul tambahan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan parti itu tidak sah.

Namun sebelumnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi satu kenyataan kepada media berkata KDN memberi pengecualian kepada kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832.

“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO, kementerian (KDN) berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam PAU 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan UMNO akan datang,” kata Saifuddin.

Kata Shahidan, usul tergempar itu bagi menuntut kerajaan menjelaskan mengenai pengecualian yang diberi kementerian kepada UMNO.

Seksyen 13(1)(c)(iv) memperuntukkan RoS boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta itu.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sudah menerima surat daripada KDN mengenai keputusan RoS pada Jumaat lalu.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk menerbitkan surat tersebut susulan gesaan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta beliau menunjukkan surat tersebut berikutan pertikaian status usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 itu.

Pada PAU Januari lalu, parti itu meluluskan usul tambahan yang kontroversi agar tiada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Ros kemudiannya dilaporkan menyiasat kemungkinan berlakunya pelanggaran perlembagaan parti selepas usul itu diluluskan.

Sebelumnya dua ahli UMNO memfailkan aduan kepada RoS dan mendakwa tindakan membentangkan usul itu di perhimpunan melanggar Artikel 10 perlembagaan parti Melayu tersebut.

Berita berkaitan
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin
March 27, 2023· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
18 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
20 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
13 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok