Surat layang kecam Ismail Sabri, gesa percepat PRU ditemui pada hari akhir PAU

March 19, 2022 · Politik

Satu surat layang yang mengecam Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor ditemukan di luar koridor Pusat Dagangan Dunia (WTC) tengah hari tadi.

Memetik laporan Malaysiakini, surat layang itu ditemukan kira-kira 100 meter dari pintu masuk utama kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, turut menggesa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera bagi menyelamatkan negara.

Antara lain menurut laporan itu, surat layang berkenaan mendakwa Ismail Sabri adalah Perdana Menteri paling lemah kerana tidak mampu menyelesaikan banyak isu.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada surat berkenaan turut diedarkan kepada perwakilan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 20121, hari ini.

Antara lain laporan itu memetik surat layang berkenaan menyatakan:

“Baik buat pilihan raya cepat. Tumbang dia selamatlah kita.

“Ismail Sabri paling lemah antara perdana menteri Malaysia! Boneka atas pentas pun kena tolak ke tepi, ke belakang nak bagi laluan kepada Bossku (Najib Razak untuk bercakap kepada media). Nasib baik (Ismail Sabri) tak masuk longkang.

“(Dia) terbang ke Singapura, terbang ke Indonesia, terbang ke Thailand, ke Kemboja naik jet kerajaan. Semua tu makan angin,” menurut surat itu lagi.

“Sampai sekarang percaya apa (M) Saravanan (Menteri Sumber Manusia) cakap sampai negara nak tumbang sebab (orang) Bangladesh. Negara dah jadi macam negara buruh paksa. Satu pun Mail (Ismail) tak boleh selesai.”

Surat itu juga menyentuh masalah pandemik Covid-19 yang masih tidak selesai, insiden banjir kilat yang melanda negara sehingga menjejaskan kerosakan harta benda.

“Gula-gula RM10,000 berapa lama nak bertahan? Buat kita umpama kerbau dicucuk hidung – tarik jalan, tarik jalan,” menurut surat itu lagi.

Berita berkaitan
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
14 minit lalu· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
12 jam lalu· Isu semasa
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
12 jam lalu· Politik
Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
May 28, 2023· Politik
Popular
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
May 29, 2023
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
1 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
4 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
6 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
8 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok